27 March 2012

Misteri Pekan Rasa

Pin It


Alhamdullilah... lebih seminggu kami tak update blog ni. Mungkin sibuk dengan urusan masing2. Untuk entry kali ni kami nak bercerita tentang Pekan Rasa yang kami terokai hujung minggu yang lepas. Idea nak merungkai Pekan Rasa ni datangnya dari Honey yang tak senang kalau hujung minggu kami hanya melepet di rumah... lalu terlintaslah Pekan Rasa yang sebenarnya tak jauh dari rumah kami di Bukit Beruntung ni...pada asalnya,rancangan kami adalah untuk ke tasik teratai untuk mengambil gambar,tapi bila sampai di sana,kebanyakan teratai kering mungkin sebab cuaca yang melampau panasnya 2,3 hari ini..


Kenapa Misteri Pekan Rasa??? tunggguuuuu!.. sebagai mukadimah aku nak cerita sikit tentang pekan yang otai ni..


Pekan ni mejoritinya adalah masyarakat cina, hanya berapa kerat je kaum lain.. Asal pekan ni diwujudkan kerana ada aktiviti perlombongan biji timah disini..menurut sumber Pekan ni dah wujud sebelum perang dunia ke 2 lagi tapi ada info lain mengatakan pekan ni dah wujud lebih 130 tahun,aku sendiri pun tak dapat nak mengesahkan. Dengan wujudnya aktiviti perlombongan disini jadi ramai lah pelombong2 dari cina ke sini untuk turut sama melombong sumber asli tersebut. Dikatakan terdapat lebih 20 lombong bijih timah di sekitar Pekan tersebut dengan kesemuanya tidak lagi beroperasi  selepas tercetusnya perang dunia ke2.. Tapi pekan ini masih lagi kaya raya dengan tinggalan sejarahnya.. bangunan2 lama masih lagi berdiri teguh walaupun sudah hampir ratusan tahun. kebanyakan bangunan lama di sini sudah tiada penghuni, ini mungkin kerana keengganan generasi baru untuk menetap di sini...


Namun kegiatan perniagaan di sini masih berjalan dengan gaya old skool nya... kebetulan hari minggu adalah hari pasar minggu di situ.. tapi sayang kami sampai lewat jadi tak sempat nak menengok2 aktiviti jual beli. semasa kami sampai, peniaga2 sedang berkemas2 untuk pulang.


Dipekan ini ada sesuatu yang menarik perhatian aku. Panggung Wayang! ya.. pekan lama ni ada panggung wayang yang dibina pada tahun 1957. Sebenarnya ada 2 buah panggung wayang di pekan ini, menurut informer kami Uncle Chiu panggung wayang yang lagi satu itu adalah yang asal,  sebelum dibina satu lagi pada 1957. Mungkin kerana tak dapat menampung penonton yang ramai waktu tu kot, time tu plak tengah zaman kegemilangan industri perfileman... lagi pun mungkin itu satu2nya hiburan untuk pelombong waktu itu...

Panggung Wayang 1957

Klasik gila kan? memang sesuai kepada yang ingin merasai pengalaman klasika la bam ba.. di bawah ni ada dua tiga keping gambar yang sempat aku capture.

Kuil berusia lebih 100 tahun
Gerai makanan cina


cendol mamak

ada lagi balang old skool ni

Peniaga 

Pekan Rasa


Dewan Aktiviti Masyarakat
Tak ketinggalan merasai kemajuan


























                                                                     








Dalam tengah ketik-ketuk gambar tu tetiba je Uncle Chiu...."lo olang sula pigi itu lumah hantu ka?"....... rumah hantu????!!!! menurut Uncle Chiu dulu rumah tu sering diduduki oleh cikgu2 bujang yang mengajar di situ. Tapi........ setiap pagi bila sedar dari tidur cikgu2 tu semua ada yang tido di atas jalan, landasan kereta api, macam2 lah. Jadi dengan cerita2 itulah rumah tu di cop rumah berhantu.... Aku sendiri yang pergi ke kawasan rumah tinggal tu pun meremang bulu roma tu siang hari tu. kalau pergi malam2 tak tau la bukan takat bulu roma je yang meremang aku rasa hahaha... dengan lokasinya yang agak tersorok tapi betul2 bersebelahan dengan landasan keretapi memang sangat sunyi.... cuma apa yang pasti rumah ni masih lagi bertuan dan terjaga persekitaranya sebab masa aku sampai disitu rumput2 semua mcm baru lepas kena racun... cuma keadaan bangunan rumah tu memang old gila... tak berani nak dekat lah wei! haha.           

Rumah hantu....Misteri Pekan Rasa

ngeeeeeeeeeee!

Kalau korang nak merasai sendiri mcm mana bulu roma korang tu naik.. korang boleh lah Google Maps Pekan Rasa ni pastu tanya je sapa2 orang tempatan pasal rumah ni comfirm tau punya... hahaha ... sebelum kami balik ke rumah ,Uncle Chiu sempat tunjukkan rumahnya kepada kami ..

Uncle Chiu

Uncle tu sendiri pun dah berumur 78 tahun.. Uncle Chiu cakap "saye belanak pun ini lumah sulah ada oo... " aku pun bayangkan rumah yang dia duduk tu pun dah hampir 100 tahun.. Semoga Uncle Chiu terus sihat dan macho sentiasa.. haha. Aku tinggalkan cerita tentang Pekan Rasa ni dengan harapan pekan ni akan terus terpelihara dari segi sejarahnya... ok semua.... 

                                                        Enjoyyy!!!!



modE&HoneY.inc™ 2012

8 comments:

  1. hehehhehe rajin bebenor yer berjalan2 meluaskan pandangan dan pengalaman.... bagus2... :)

    ReplyDelete
  2. kadang2 tempat yang dekat dgn kita ni kita tak nampak kecantikannya..tg malim pun bakal masuk blog satu hari nanti..hehhe

    ReplyDelete
  3. As salam.nice citer pasal pekan Rasa n. Actually saya ada beli sebuah rumah teres di Taman Rasa Utama ni. Tapi sejak belj x pernah pun duduk situ..walaupun dah fully renovate....pekan Rasa mmg napak suram. Ada le sekali dua bermalam disana. ...sudahnya rumah tu bagi org sewa walaupun harga sewa sangat tidak berbaloi...tapi x apalah dr rumah tu kosong, manakala saya selesa tinggal di Ampang. Nak buat camana....nak jual x de org nak beli. Saya x perasan pun ujudnya rumah berhantu tu.....nanti bila2 boleh skodeng ni

    ReplyDelete
  4. Uniknya...aman tenteram..nak merasa ke Pekan Rasa.Tapi tak rasa meremang di rumah hantu tu.Mesti asyik shoot aja kan...
    Jomlah ke rumah akk..ni addressnya..http://fouuzie.blogspot.com/

    ReplyDelete
  5. mama miraki.. thanks komen.. mmg ramai yang beli rumah situ tapi tak duduk. jauh dengan tempat kerja kan?
    silalah skodeng.. nak lagi thrill pegi jam 12 malam.. anyway kami tingga di B.beruntung je.
    Fouzie ... ok kami dah joint blog kamu... kami pun newbie lagi.. trimas... :)

    ReplyDelete
  6. Menarik. 2 bulan yang lalu, saya siap mimpi lagi pasal pekan Rasa ni. Dulu merupakan laluan saya ke sekolah yang terletak di Kuala Kubu Bharu. Rumah hantu tu pada zaman 1990an dulu masih boleh dilihat senibinanya dari jalanraya. 2 tingkat, klasik. Halamannya luas. Masa tu masih boleh nampak kereta2 antik yang ditinggalkan dalam garaj yang dah bertutup sekarang ni. Menurut cerita, masa tu takde siapa boleh alihkan barang-barang keluar dari situ. Rumput tinggi dah jadi lalang menutup pandangan rumah. Samapaikan ada traktor yang nak buat clearance kat sekeliling rumah tu pun mati terus tak boleh nak start dan tersadai dihalaman. Sekian lama dah saya tidak masuk ke pekan ni. Teringin nak tengok keadaan rumah hantu tersebut yang menurut cerita meruapakan milik tokey cina yang kaya pada zaman sebelum jepun masuk Malaya. Pemilik segala ladang getah dan lombong bijih. Bila jepun datang, keluarga ni lari meninggalkan rumah tu dan dijadikan markas tentera jepun melakukan kekejaman etc. Sebab tu la jadi berhantu. Menurut rakan sekolah yang rumahnya dekat situ, malam2 dengar bunyi macam2. Duit2 lama dan pinggan mangkuk pun ada lagi dalam rumah tu. Tu citer kami sehingga tahun 1994. selepas tamat sekolah dan sekarang dah bekerja, cerita itu lekat difikiran saya. Kadang2 jadi teruja kerana saya peminat barang-barang lama.. :)
    rbjm06@gmail.com

    ReplyDelete
  7. trima kasih... wahh nampaknya bertambah thriill cerita misteri ni. terima kasih dengan cerita2 yang saya pun tak dengar lagi. mungkin uncle chiu tu dah malas nak cite kot... terima kasih.. :) mungkin episod akan datang mode akan betul2 selongkar misteri rumah itu.. dengar2 mode dan kawan2nya sangat berminat. honey??? haha sorry la nak joint! terima kasih.

    ReplyDelete
  8. lagi serammmmmm bila baca komen Lola.

    ReplyDelete

Mode and honey - our timeline story....