6 March 2012

Tak Bai....

Pin It
Memang mengejutkan  bila kejadian bom terjadi lagi di Tak Bai iaitu salah satu tempat favorite aku untuk menikmati makanan Thai yang halal sambil  cuci mata... Sebelum ini pada pandangan aku, Tak Bai adalah daerah paling selamat dalam negeri Pattani berbanding bandar Narathiwat dan lain2.. di sini aku sertakan keratan akbar online BERNAMA.COM untuk  yang belum tahu  akan berita kejadian letupan bom di mana terdapat juga rakyat Malaysia menjadi mangsa.. ini semua lanjutan peristiwa berdarah yang berlaku pada tahun 2004. KLIK untuk kisah lebih lanjut.

Tujuan aku menulis kali ni bukan nak cerita kejadian letupan bom buatan sendiri tu.. tapi lebih kepada pengalaman kami ke sana setiap kami berpeluang balik kampung di Besut. Tak Bai ni adalah salah satu pintu masuk ke Thailand selain Golok yang popular untuk masuk kesana di Kelantan ni.. nama daerah bagi pintu keluar Malaysia untuk ke Tak Bai ni ialah Pangkalan Kubor..



Pengkalan Kubor.. 



Sangat sinonim kepada kaum hawa yang mak2 tu  untuk bershopping bagai nak rak kerana di sebelah pintu masuk ke pusat imigresen Malaysia terletaknya sebuah kawasan bebas cukai..dijadikan altenatif untuk para pen shopping selain Rantau Panjang... Macam2 ada ooo! Kenapa Pengakalan Kubor? tak dapat lah nak dipastikan asal usul nama tu dengan sahih.. cuma mendapat info dari penduduk setempat memang terdapat sebuah perkuburan lama di tepi sungai tersebut iaitu tempat pengkalan untuk orang2 macam kami yang nak masuk sana secara illegal.... maka dengan itu lah agaknya tercipta nama Pengkalan Kubor ini..iaitu kubur yang berada di tepi pengkalan..bukan sesuatu yang rumit untuk dijangka kan? dan ada logik nya...gambar di sebelah ni yang aku maksudkan adalah terletaknya kawasan perkuburan lama tu.. meleret pulak cerita hal sejarahnya.. ok lah.. kami selalu mengunakan bot kecil atau orang tepatan panggil Perahu Kolek.. untuk menyeberang kerana lebih merasai akan suasana cara kehidupan  orang disana... tambangnya RM2 agak mahal berbanding menaiki feri yang hanya RM0.60 je.. ini ialah alternatif transport kepada penduduk setempat yang selalu ulang alik dari Pengkalan Kubor - Tak Bai sebab tak perlu check pasport boleh dikatan illegal jugak la.tapi kena hati2 dan check line dulu ok ke tak..kalau nampak ramai soldadu duk galas senapang tu,tak payah la cari penyakit ya... hehehe. shhhhh.. 




Sebaik kami sampai di Tak Bai kami terus  mencari nasi sup dan nasi itik yang menjadi kegemaran honey. nasi itik ni seperti nasi ayam kita cuma ayamnya diganti dengan itik panggang yang sangat sedap dan disiram dengan sos BBQ yang vavavom..dan disertakan juga kepingan halia jeruk yang sangat mabeles..menurut  Honey,kelembutan  rasanya seperti kelopak bunga ros,lembut tapi rangup.tidak terlalu masam tapi terasa kepedasan halia yang sangat nyaman..aku tak makan halia jadi aku hanya boleh jelaskan kelazatannya melalui deria rasa honey je la....tapi sayang, jeruk tu hanya terdapat di Narathiwat sahaja.. isshhh memang sedap lah ditambah pulak dengan sup dagingnya yang sangat lembut dan pendek kata memang ummppp la.. Kalau korang nak cuba merasai kenikmatannya, boleh cari restoranya yang terletak berhampiran dengan pejabat Imigresen Thailand. 



Selesai makan kami terus berjalan2 disekitar pekan kecil Tak Bai ni.. Dengan tujuan yang satu iaitu shopping.. Honey memang suka sangat shopping.bukan apa, dulu dia dah pernah terkena..beli skirt di butik yang terletak dalam Maju Junction,kena pau hingga seratus lebih. datang Tak bai jumpa skirt sebijik sama  setelah ditawar harganya hanya lah RM20. Bengang tak? hehehe .. macam2 benda pun ada jual disini kebanyakannya ialah pakaian.. harganya tak banyak beza dengan harga pasar malam di negara kita cuma korang boleh tawar menawar sampai tawar gila sampai dah tak ada rasa lagi.. haha... 


Kemudiannya kami sepakat mengambil teksi motor untuk bersiar2 lebih jauh lagi.. memang menarik dan tak banyak beza dengan kampung2 di Kelantan. Antara perkara yang menarik perhatian kami ialah penjual penyapu yang berniaga hanya dengan kereta sorongnya.. bayangkan jauh mana dia menapak demi menjual penyapu2nya? Susah nak jumpa orang buat kerja macam tu di tempat kita.. gambaran betapa terpinggirnya selatan Thai ni sangat jelas. Tapi aku memang respek,tokey2 disini semua perempuan...dari tokey kedai makan hingga lah tokey beras...sungguh gigih mereka ni...anak2 dara habis sekolah terus diajar berniaga..memang darah berniaga sentiasa mengalir...






makan pun sudah,plastik pun dah penuh dengan barang2  shopping...dengan itu tiba lah masanya untuk kami  pulang  semula ke tanah air.. ini kerana pintu sempadan ada waktu expired.. kalau lewat, maka akan terperangkap lah kami di Tak Bai semalaman.. Oleh kerana kami masuk ke Thailand tadi mengunakan perahu kolek kali ni kami balik dengan menaiki feri pulak. 


Sambil menunggu feri yang memang agak lambat walaupun sungai tu tak la besar sangat pun.. kami sempat membeli kudapan sebagai penutup agenda shopping untuk hari tu...(Honey mmg suka makan). Ada sejenis kuih tempatan yang menarik perhatian mulut kami.. iaitu Samosa Tak Bai,tapi di sini dipanggil sambusa .. lembut,ranggup,manis sikit,intinya ada rasa ikan dan udang dan disertai dengan keranggupan sayuran segar...memang sesuai sangat sebagai kuih minum petang.. ummmppp! memang sedaplah! Tak Bai ni memang kaya dengan kuih muih dan manisan tradisional tempatan.. bagi yang suka makan tu memang akan rasa tak nak balik....kuih sambusa ni  pasangannya kami pasangkan dengan air soya  hitam (black soy)...memang sedap sangat2...honey minum 2 botol.

Di bawah ni sedikit gambar2 sekitar Tak Bai yang sempat kami ambil dijadikan kenangan.. 

mungkin dikawasan inilah  agaknya tempat kejadian pengeboman itu berlaku dan akan bertambahlah bilangan tentera yang berkawal di sekitar Tak Bai ni maka mungkin kah Pekan Tak Bai ni akan kembali suram? ...Wallahhulam..

rasanya memang sedap...lemak dan tidak manis
 Walaubagaimana pun kami tetap akan kembali ke sini  setiap kali kami berkesempatan balik kampung. Dan Tak Bai ini sebenarnya juga sebagai medan latihan kami sebagai persediaan untuk mejelajah Thailand dengan keretapi November nanti..Honey sedang excited mengkaji jalan dan tempat yang bakal kami jelajah.. insyAllah...  untuk korang yang berminat nak ke Tak Bai ni hati2.. dan Enjoy!!!!!! As-Salam....

ibu pejabat imigresen Tak Bai
 
suasana pasar di hari yang tak berapa nak sibuk
                             



modE.inc™ 2012


No comments:

Post a Comment

Mode and honey - our timeline story....