24 April 2012

BUNOHAN : Tak Faham.....?

Pin It

Bunohan... filem melayu yang pada aku sangat hebat dari pelbagai aspek.. aku sememangnya peminat filem melayu agak berbeza dengan Honey yang lebih kepada filem barat.. tak salahkan dia kenapa minatnya terarah kepada filem luar.. tak nak cerita hal filem lain cuma nak cerita hal BUNOHAN!! 
Ya memang filem ni dah lama ditayangkan tapi kenapa aku masih nak bercerita tentang filem hebat ni? aku terpanggil untuk menulis kerana aku sendiri pun tak habis-habis menilik,membelek,mengkaji naskah berbentuk visual yang hebat ni. Terus terang filem ini memang aku nanti2kan...sejak membaca membaca entri Zahiril Adzim aku rasakan sesuatu yang lain dari filem melayu yang tipikal dengan lawak hantu murahan.. 
Pujian setinggi gunung harus diberikan kepada pengarahnya Dain Said sbb berani bermain dengan filem yang bagi aku ber genre drama famili ni.. walaupun poster,dan thirller nya nampak mcm filem action ganas.. tapi sebenarnya filem ni hanyalah berunsur kekeluargaan. walau begitu ianya digarap dengan baik sekali.. tahniah sekali lagi!! 
Berlatarbelakangkan Kelantan... banyak yang uniknya dengan filem ni, selain penggunaan dialek, seni tempatan seperti wayang kulit yang diketengahkan juga menambah nilai bagi filem ni.. bak kata Rasdan (Mingguan Malaysia) "lagi tinggi nilai tempatannya,lagi tinggi nilai antarabangsanya"... 
Selain itu pemilihan pelakon yang kebanyakannya 100% bertukar dengan watak yang biasa mereka mainkan di layar perak.. contohnya Amerul Affendi yang sebelum ni banyak memainkan watak budak nerd,sengal etc.. tapi kali ni persembahannya sangat berbeza dan pada aku ianya kejayaan pengarah. begitu juga dengan Faizal Hussein, dan lain2... 

APA YANG TAK FAHAM???
tak ada yang tak faham... jika korang semua meminati filem yang berunsur mcm ni... fahaman terhadap filem itu subjektif. itu saja..sebab tu pengarahnya lansung pun tak bercerita apa sebenarnya itu apa sebenarnya ini.. malah naskah ini menjadi topik hangat dalam forum2 penggiat atau peminat filem... hebatkan??? melainkan korang adalah peminat filem yang ringan sampai tahap keringanannya seperti kapas.. contohnya adnan sempit,hantu dalam botol kicap.. dan lain2 lah.. hahaha.. bukanlah aku nak kutuk..  aku pun masih menonton filem2 yang macam itu.. cuma pengiat filem kena fikir.. mereka asik menuding jari kepada masyarakat yang kononnya masyarakat inilah yang memusnahkan industri mereka...walhal mereka tak sedar dalam seronok mereka ber produktif dengan kuantiti mereka melupakan aspek kualiti yang sangat penting.. 
Akhirkata, filem yang baik akan dikupas, dibincang dan dikaji sampai tepu.. filem yang ala2.. keluar je panggung kita akan ceritah la lain.. kira habis disitu jugak la.. haha.. ok? As Sallamu.. 

Enjoyy!!!!





modE&HoneY.inc™ 2012

4 April 2012

OREO MUFFINS ---in less than 30 minutes

Pin It




Teringin nak buat homemade muffin oreo ni dah lama...tapi baru berkesempatan baru ni..rupa2nya tak lah susah sangat nak buatnya malah sangat2 senang. jika sesiapa yang tak pernah buat muffin sebelum ni, let me encourage you....it's super easy.

love the taste of sinful rich choc...

di sini resepinya ( tak ingat darimana dapat resepinya tapi rasanya dari mana2 blog berbahasa inggeris sebab resepinya masih lagi dalam bahasa inggeris,so tak dapat lah nak bagi kredit pada tuannya)

bahan-bahan

13/4 cup gandum (225g)
1/4 gula (60g)
1 tsp baking powder
1/3 cup butter (80g)
1 cup fresh milk (230ml)
1 telur gred A
1 paket oreo (hancurkan)
50g white choc--- chopped
50g dark choc-----chopped
(boleh juga guna white or dark choc chip)
optional: chopped pecan,walnut atau choc neaps


cara2 nya

1. campur tepung,gula,baking powder dalam mangkuk --- potong butter -- gaul dengan tangan hingga sebati dan hancur.

2.blend susu dan telur --- masukkan dalam campuran tepung tadi.kacau

3. gaul campuran di atas dengan oreo, choc dengan lembut -- akhir sekali masukkan kacang dan choc  chip

4. masukkan dalam cawan muffin..jangan penuh dan taburkan dengan lebihan choc.

5. bakar pada suhu 170c selama 25-30 minit

siap!!! 

yummy....

selamat mencuba!!








modE&HoneY.inc™ 2012

ARANG BATU ARANG

Pin It




THE BOSS
HANG ON SON!!
THE APES

JALAN KE BATU ARANG
BANGUNAN MCA
BATU ARANG theatre of dreams...

KEDAI POKOK KETAPANG

BUKIT NENAS 

NICE HAH?

ROOF HOUSE

UNDER ONE ROOF

CIKGU MIMI "I LOVE YOU" :p

LOMBONG NAGA

MERCU TANDA?

OLD TOWN 

POST OFFICE

BATU ARANG 2012


modE&HoneY.inc™ 2012

3 April 2012

93DPP in memory....

Pin It

Pintu Masuk

Diluar hujan renyai tengah sibuk membasahkan bumi ini dengan tujuan melimpahkan rezeki Allah kepada kita semua...Alhamdullillah... tak dapat nak lelapkan mata sambil menunggu game MU vs Blackburn ni aku nak kongsi dengan korang pasal Kem Tentera Batu Arang atau Depot Pusat Peluru Batu Arang di... Batu Arang lah! haha.. 


Hujung minggu lepas aku dan Honey jalan tengok2 nursery orkid yang terletak di Tasik Puteri Rawang.. kebetulan jalan yang sama untuk ke Batu Arang... aku pun sajalah pusing2 kona-koni saja nak cerita kat Honey tempat2 dimana aku pernah dibesarkan.. 


Tapi aku agak terkejut bila sampai di kem.. seorang anggota tentera yang bertugas mengawal pintu masuk disitu menceritakan bahawa unit 93DPP sudah lagi disitu.. Unit tersebut dah dipindahkan ke Mempaga,Pahang...hanya tinggal unit Ordnans sahaja yang bertugas..tu pun berapa kerat la sangat... aku meminta keizinan untuk aku masuk dan pusing2 dikawasan resident.. walaupun masih ada beberapa keluarga yang masih ada tapi kawasan itu sangat2 sunyi... mungkin tak sampai 2% pun penghuni ke itu sekarang.. 


Nak diceritakan kenangan2 aku membesar disini sangat2lah panjang... cuma aku nak kongsikan gambar2 yang sempat aku capture disini.. aku jangkakan kawasan ni akan menjadi sangat spooky dan nampak angker dalam masa 2 tahun lagi.. ye la bangunan tinggal kan... ? 

Block "Encik"

Taman Permainan

Tempat Main Desh Yankuro 

Block Sarjen

Block Geng2

Purnama Yang Merindu
Kem
Tempat mengasah bakat
Yang Tinggal


Apapun aku tetap akan ingat kawasan ni sampai bila2.. bak kata orang tua2.. "tempat jatuh lagi di kenang ni kan pula tempat main bola tepuk atas tangga"... 


                                                          Selamat Malam Semua.... 

modE&HoneY.inc™ 2012

Mode and honey - our timeline story....