16 June 2012

DAYA TARIK WISATA KOTA SURABAYA

Pin It  
       Alhamdullilah.akhirnya mempunyai kelapangan dan mood untuk menulis lagi. Untuk Entry kali ini, kami akan menulis mengenai pengalaman kami selama 2 minggu menjelajah kepulauan Java dari timur ke barat secara backpackers.sebenarnya semua kenangan selama 2 minggu ni semuanya manis-manis belaka kecuali pengalaman rasa tertipu di kedai nasi padang, Cisarua (akan diceritakan kemudian). untuk setiap entry,kami akan menulis mengikut tempat kami lawati sepanjang 2 minggu ni. Untuk yang pertama ini, kami mulakan dengan kota Surabaya kerana ini lah starting point kami untuk pengembaraan ini. semoga tulisan ini akan dapat memberi manfaat kepada semua. enjoY...

26 MEI 2012...HARI PERTAMA

mengikut jadualnya penerbangan kami adalah jam 6.25 pg 26 mei...tapi oleh kerana tidak mahu sesiapa menghantar kami ke LCCT,maka kami mengambil keputusan untuk menaiki shuttle bas dari KL SENTRAL ke LCCT dengan tambang RM10 jika tidak membuat tempahan melalui internet,tapi kalau nak jimat boleh tempah melalui internet.Harganya hanyalah RM7 (sewaktu booking tiket airasia). kami keluar dari rumah selepas solat maghrib,sengaja keluar awal untuk mengelakkan kelam kabut dan rancangannya kami akan meninggalkan kereta di rumah sepupu yang terletak di Sentul ( rumahnya betul-betul mengadap stesen LRT).Setelah sampai di Sentul,kami terus menaiki LRT untuk ke KL Sentral.Dari sini kami terus ke tempat shuttle bas(kena turun 1 tingkat) untuk membeli tiket bas. Bas terakhir adalah jam 12.00 dan perkhidmatan akan bermula semula jam 4 pagi. Oleh kerana masa masih lagi awal,maka kami mengambil keputusan untuk makan2 dan lepak2 dulu di macdonald dan akan bergerak dengan bas yang terakhir iaitu jam 12pg. Perjalanan lebih kurang 1 jam untuk ke LCCT...ermmm..bila sampai tu,masa masih terlalu awal..mati kutu tak tau nak buat apa.so,ambil keputusan untuk lepak2 dan cari plug untuk surf internet. Kebetulan terjumpa dengan sepupu mode yang bekerja di sini,so dia cadang untuk berehat dan lepak di satu sudut yang lebih privacy dan plug pun ok.Orang masa ni tak berapa ramai lagi tapi selepas pukul 2 pagi,orang mula ramai...masing2 tanpa segan silu bentang apa yang ada dan zzzz la hinggalah masa untuk check in (2 jam sebelum waktu penerbangan)..

JALANRAYA SEPANJANG DARI JUANDA AIRPORT MENUJU KE BANDAR SURABAYA


KEDAI MAKAN YANG DICADANGKAN PAK MAR...TIDAK LAH LEZAT SANGAT
SEPERTI NAMA KEDAI. SETAKAT SO-SO...HONEY MAKAN BEBEK GORENG DAN
 MODE NASI RAWON
alhamdullilah..sepanjang penerbangan dan di airport  tidak ada masalah  yang berlaku kepada kami. penerbangan mengambil masa lebih kurang 2 jam.kami sampai di Surabaya jam 8.25pagi. Boleh dikatakan sepanjang penerbangan ni,rasanya ada tidak sampai 10 orang rakyat malaysia.Yang lain semuanya rakyat indonesia yang pulang ke kampung halaman untuk bercuti.

Setelah selesai urusan kastam dan lain-lain...rancangannya adalah untuk meronda kota Surabaya dan pada malamnya kami akan mengambil keretapi untuk ke probolinggo.Airport Juanda ni terletak agak keluar dari bandar.Untuk Ke bandar sebenarnya tidak lah jauh sangat tetapi oleh kerana hari kami sampai ni adalah hari sabtu (sabtu dan ahad adalah hari libur),maka semua jalan adalah macet. untuk pengetahuan,Surabaya adalah kota kedua terbesar selepas Jakarta.Kalau mahu kesini,elakkan hari libur (kalau tidak,bersedialah untuk mengalami masalah tekanan emosi yang kronik).selepas keluar airport kami mengambil keputusan untuk ke bandar. Tetapi bahagian mana? hrmmm..bengong seketika. di dalam airport ni,ada kaunter teksi bluebird (kiranya teksi yang paling jujur lah di indonesia ni)..kalau anda dalam keadaan bengong dan keliru tak tahu nak buat apa(melainkan anda bercuti menggunakan travel agent),bolehlah ke kaunter ini untuk mendapatkan khidmat nasihat...tetapi awas, anda juga sepatutnya ada lah juga sedikit ilmu di dada untuk mengelakkan anda tertipu. oleh kerana kami agak pening dengan maklumat2 yang terlampau banyak..kami ambil jalan untuk keluar dari kaunter teksi dan santai2 diluar airport untuk memikirkan alternatif lain..hah! rupanya di luar airport sudah tersedia bas yang dipanggil damri untuk mengambil penumpang dari airport ke stesen bas kota (Purabaya).stesen Purabaya adalah satu2nya persinggahan Damri ini..tambangnya RPI20k setiap orang(murah sebenarnya).Sedang kalut kibut nak naik damri ni, tiba2 datanglah seorang pakcik teksi ni..offer kami RPI50k untuk 2 orang ke bandar 
JALAN RAYA YANG MACAM2 ADA

MERCU TANDA SURABAYA ~ SURO (JAWS) DAN BUAYA SEDANG BERGADUH..
MENURUT LAGENDANYA  BEGITULAH SURABAYA MENDAPAT NAMA..
SETIAP PELANCONG WAJIB BERGAMBAR DI SINI..
TAPI KAMI HANYA MAMPU AMBIL GAMBAR DARI TEKSI JE
( pelik juga,katanya tak ada perkhidmatan teksi di sini selain bluebird???)...akhirnya kami tergoda dengan tawaran pakcik ni ( Pak Mar Teksi,081-331029821)..dalam teksi,pandai2 pulak kami deal dengan pakcik ni kononnya nak jimat tanya perkhidmatannya perHour..yang akhirnya kami rasa sangat tertipu..katanya perHour 75k dan kami setuju kerana pada pandangan kami sangat murah.kami booking 2 jam untuk membawa kami ke tempat menarik sekitar surabaya tanpa memikirkan keadaan jalan hari itu superduper jammed teruk sangat2..ended selama 3jam setengah hanya di dalam teksi dengan bayaran 250k...dah la makan kami belanja ( kami meminta Pak Mar singgah di kedai makan yang best2, tapi tempat makan yang Pak Mar berhenti ni tak la best sangat pun..bayarannya RPI85k untuk 3 orang).memang sangat2 kecewa.hanya sempat singah di house of sampoerna.Plan asalnya mahu ke Masjid ample,masjid cheng ho,kya kya kembang jepun,old surabaya dan lain-lain.sebabnya bila tanya pakcik ni,bisa ke kami ke semua tempat dalam 2 jam..jawabnya,bisa pak..dekat2 aja..memang lah dekat,tetapi jalannya macet..kesimpulannya: jangan naik teksi di Indonesia..lebih baik naik Onjeng(betul ke ejaannya)iaitu motosikal...boleh cilok2 dan lebih murah..tapi tak apa,first lesson untuk kami.

oleh kerana agak kecewa dengan surabaya,maka kami ambil keputusan untuk terus ke probolinggo dan naik ke gunung Bromo.akhirnya kami meminta Pak Mar membawa kami ke stesen keretapi untuk membeli tiket ke Yogjakarta( tiket mesti dibeli terlebih dahulu untuk mengelakkan tiket habis).sampai di stesen pening lagi...kaunter tiket untuk tiket bertolak hari ini dan bertolak hari lain adalah berlainan tempat.sepatutnya kena pusing jauh tetapi Pak Mar meminta kami memberi 5K untuk penjaga pintu.mode ditugaskan membeli tiket dari probolinggo ke surabaya dan aku dari surabaya ke jogja (tiket ke jogja untuk 2 orang bisness class ialah RPI190k untuk perjalanan 5 jam)dan tiket ke dari probolinggo ke surabaya RPI60k economy class.kedua2 tiket bertarikh 28 mei..
BECA DI TENGAH2 KOTA? ITU ADALAH PERMANDANGAN BIASA..
GAMBAR INI ADALAH DIAMBIL DI LALUAN KYA KYA KEMBANG JEPUN YANG DIMONOPOLI OLEH KAUM MADURA

PERMANDANGAN BIASA DI BANDAR SURABAYA...
VANDALISME OR BAKAT SENI? ANDA TENTUKAN SENDIRI..
PADA KAMI, MEREKA SANGAT KREATIF.SETIAP DINDING YANG DICONTENG ADA CERITANYA SENDIRI.
ADA JUGA YANG MENJADIKAN DINDING SEBAGAI
MEDAN MENCERITA HARAPAN MEREKA TERHADAP KERAJAAN


masalah sekarang, macamana mahu ke Probolinggo? jam baru pukul 1. train untuk ke probolinggo jam 3.kami dah tak ada hati lagi untuk stay lama2 di sini..kecewa sangat2.Pak Mar mencadangkan kami naik bas.so,ok....maka seterusnya ke Purabaya untuk membeli tiket bas ekpress..oleh kerana susah nak u turn dan jalan macet,Pak Mar turunkan kami di simpang dengan macam2 amanat dan nasihat..katanya bas Ekpsress akan lalu di situ,bas warna biru.masa sedang menunggu tu macam2 godaan datang.ada yang datang jual mata kucing,apple dan lain2..tiba2 ada sorang mamat ni,datang tanya nak ke mana? (orang indonesia semuanya baik dan peramah).setelah menerangkan destinasi kami,maka dengan relahati dia menolong kami untuk menahan bas..sekali lagi rasa macam orang bodoh..sedang syok makan mata kucing,datang la mamat ni cakap bas dah ada,15k seorang.apalagi kelam kabut la kami naik bas tu..naik je bas,rasa nak menangis..bukan bas ekpress tetapi public bas yang macam sardin..huhuhu..tetapi memang orang indonesia ni baik hati,ada seorang pemuda tu bangun dan memberi tempat duduknya kepada kami..agaknya kesian sebab beg berat dan aku pulak muka macam nak menangis..Pejalanan ke Probolinggo mengambil masa selama 2 jam.dengan bayaran 15k seorang. Sepanjang perjalanan,banyak pengalaman yang dikutip. setiap kali bas berhenti (bas lompat2 kan..banyak kali la berhentinya..tapi rasa bersyukur sangat sebab tersilap naik bas ni..boleh merasai kehidupan sebenar mereka), akan ada sekumpulan ngamen naik( penghibur jalanan...suara sedap,nyanyi lagu best2)..dan bila mereka selesai menyanyi kita bagi la berapa pun asalkan ikhlas...ada seorang ngamen ni,oleh kerana kami kehabisan duit RP yang kecil,mode telah memberinya RM1..dengan penuh tandatanya dia bertanyakan soalan kepada mode..berapa nilai RM1 banding dengan Rupiah...bila mode beritahu lebih 3k rupiah..kelihatan airmatanya bergenang..kami tak tahu apa yang ada dalam kotak fikirannya..selain dari ngamen,penjual makanan juga ramai..banyak makanan yang enak2 dijual dengan harga yang sangat2 murah.Sepanjang perjalanan ke Probolinggo ni,kita akan lalu Blitar,Pasuruan Lumajang...Bas yang kami naik ni last stationnya d Banyuewangi iaitu perhentian terakhir sebelum menaiki feri untuk ke Bali ( Next trip kami adalah ke Bali dan Lombok).sepanjang perjalanan kami disajikan dengan pemandangan gunung ganang,sawah padi yang sangat cantik.Rasa kecewa dengan surabaya dengan sendirinya telah terhapus dengan kecantikan panorama ini.
KEADAAN DALAM BAS...KONDUKTOR BAS NI SANGAT BAIK ORANGNYA.
BOLEH DIKATAKAN INFRASTRUKTUR DI SINI
MUNGKIN 10 TAHUN KE BELAKANG

DALAM BAS NI SERBA SERBI ADA DIJUAL KECUALI MAK DAN AYAH :)

PERMANDANGAN YANG MEMPERSONAKAN
 SEPANJANG PERJALANAN
 DARI SURABAYA KE PROBOLINGGO.LUPA NAMA GUNUNG ,
KALAU TAK SILAP GUNUNG AGUNG

NGAMEN YANG MENYANYI LAGU CINTA ANTARA 2 DARJAT. MUNGKINKAH PENGALAMAN SEBENAR?

KAMI TURUN DI SIN.BROMO VIEW
( SIMPANG SEBELUM MASUK KE STESEN BAS)
ANGKOT UNTUK NAIK KE CEMORO LAWANG BERKUMPUL DI SINI (WARNA HIJAU)



HOUSE OF SAMPOERNA~~dangdut,muzik pembakar semangat pekerja

muzium sampoerna merupakan tempat segala jatuh bangun perusahaan sampoerna diabadikan. Lebih dikenali sebagai House of Sampoerna, perusahaan rokok pertama Dinasti sampoerna.Bangunan dengan arkitektur belanda ini dibina pada 1862, tetapi baru dibeli pada tahun 1932 oleh Liem Seeng Tee iaitu pengasas Sampoerna (Pengusaha Rokok kretek sampoerna adalah cina Indonesia).Bangunan ini terdiri daripada bangunan utama tempat terletaknya auditorium dan 2 bangunan lainnya iaitu rumah barat dan rumah timur.Bangunan utama digunakan sebagai muzium,rumah timur sebagai kafe dan rumah barat sebagai kediaman keluarga sampoerna. Jadi di House of Sampoerna ini, anda akan menjumpai muzium sampoerna,muzium batik,melihat proses pembuatan rokok,kafe,kiosk cenderamata dan Surabaya Heritage Track(SHT).Untuk masuk ke sini,gratis sahaja (percuma) dan masa operasinya adalah 9.00 pagi-9.00 malam.

Apa hubungan muzik dangdut dengan muzium ini? mesti macam2 kan dalam fikiran korang...Dangdut adalah genre muzik popular Indonesia yang sebahagiannya berasal dari melayu,arab dan hindustan. Dikembangkan pada 1970an di kalangan pemuda muslim di kalangan golongan pekerja(bawahan). di bahagian muzium ini, dari atas salah satu ruangan,korang akan dapat lihat para pekerja sedang melinting rokok dalam jumlah yang sangat besar (handmade). Gerakan  mereka seperti berirama,begitu cepat, seperti ada tempo yang mengatur gerakan mereka. setelah diselidiki, di ruangan ini dimainkan muzik dangdut yang bergema dan rancak.menurut maklumat,pihak pengusaha pernah cuba memainkan muzik lain seperti pop dan rock, namun mereka tidak mendapatkan hasil yang diingini.setelah diputar muzik yang memang berasal dari golongan pekerja,barulah hasilnya memberangsangkan.

SAAT KAKI MELANGKAH MASUK KE MUZIUM INI...
HIDUNG DISAJIKAN DENGAN AROMA CENGKIH
YANG SANGAT MENUSUK HIDUNG

MENGIKUT PENERANGAN JURUCAKAP MUZIUM (KALAU TIDAK SILAP,
BAHASA INDONESIANYA SANGAT PEKAT)
ROKOK KRETEK BEPERISA CENGKIH
 INI RESEPINYA DITEMUI OLEH ISTERI PENGASAS

RAKYAT INDONESIA MEMANG PEROKOK TEGAR...
PEROKOK DITEMUI DI MANA-MANA SAJA.
 HARGA BAGI SEKOTAK ROKOK JUGA SANGAT2 MURAH.TAK SAMPAI RM3 


MELINTING ROKOK DENGAN ALAT TRADISIONAL
MEREKA MELAKUKANNYA DENGAN KADAR KEPANTASAN LEBIH DARI
 325 BATANG PERJAM.





sebenarnya, di Kota surabaya banyak tempat yang cantik dan menarik selain banyak Factory outlet(tapi lebih murah di bandung)dan shopping complexs yang superduper besarnya.di sepanjang jalan di kota Surabaya ini juga banyak Nursery pokok yang menyediakan landskap taman ala bali.oleh kerana timing kami ke sini adalah salah,maka banyak yang kami terlepas pandang untuk melawat. Dan plan kami untuk masuk ke Pulau madura melalui Jambatan Suramadu juga terpaksa dibatalkan.mungkin di masa hadapan bila berkesempatan lagi ke surabaya,kami akan menjelajah tempat2 wisata ini.


secara ringkasnya:
1. airport surabaya adalah Juanda airport...dari airport,disediakan shuttle bas (damri) untuk ke station bus Purabaya. Perkhidmatan bas di Indonesia sangat meluas.hampir 24jam ada tersedia perkhidmatannya dan merangkupi keseluruh destinasi.so,cara yang paling mudah untuk travel di surabaya (pada pandangan kami) ialah mengunakan bas. ianya murah,tepat pada masanya,kita boleh bergaul dengan masyarakat setempat dan boleh juga berhenti di mana2 station jika anda backpackers dan meneruskan perjalanan anda bila2 masa anda suka(mengikut pengalaman kami)

2. terdapat 2 station keretapi di surabaya iaitu station gubeng dan station Pasar turi. station gubeng adalah untuk class bisnes dan eksekutif (tak banyak bezanya pun) dan station pasar turi adalah untuk tiket economy class (tidak dapat dipastikan kenapakah class tiket ini dipisahkan sedemikian rupa) dan jarak antara 2 station ini agak jauh juga la.mungkin pelaung agaknya.untuk membeli tiket kita mesti mengisi borang pesanan tiket ( tidak tahu apa relevannya...dan ianya sangat tidak praktikal dan sangat mengelirukan). kaunter tiket untuk perjalanan hari ini dan perjalanan selain hari ini adalah berasingan.jika anda mahu ke destinasi yang agak popular seperti yogjakarta,jakarta,bandung..dinasihati beli tiket lebih awal..takut habis..dan syarikat keretapi yang paling mewah di sini dan paling ok ialah sancaka dan argo wilis.

3. dinasihati jika mahu menggunakan teksi..pilih teksi syarikat bluebird kerana hanya teksi ini yang menggunakan meter.jika nak jimat guna angkot atau onjeng(motosikal)

4. jangan segan silu untuk bertanya,kerana dengan bertanya banyak maklumat anda dapat berbanding dengan internet(pengalaman kami) dan jangan berlagak pelancong..tak ada gunanya pun di sini.

untuk entry seterusnya,kami akan menulis mengenai gunung bromo,iaitu wisata gunung tercantik di dunia..(dan kami jatuh cinta pandang pertama dengan tempat ini)...nantikan ya.

sehingga bertemu lagi












modE&HoneY.inc™ 2012

9 June 2012

JELAJAH BUMI JAWA 2012

Pin It

Alhamdullilah.. akhirnya cita2 aku dan Honey nak menjelajah bumi jawa di indonesia tercapai juga... Untuk entry2 berikutnya kami akan ceritakan kesemua perjalanan kami bermula di Jawa Timur (Surabaya) hinggalah ke Jawa Barat (Bandung)..


modE&HoneY.inc™ 2012

Mode and honey - our timeline story....