31 March 2012

Drama Episod 18 PA.PL.SG.SX ??

Pin It
Assallamualaikum , salam berhujung minggu semua.. Alhamdullillah aku memang tengah kenyang sebab baru sapu licin masak lemak cili api rebung air tangan Honey nih... dengan rasa tak nak jadi ulor menambahkan ukur lilit perut nih aku capai laptop dan nak cerita sikit berkaitan tajuk di atas.. hehe.. bukan cite lucah,porno atau apa2 la.. aku nak cite pasal sebuah drama berepisod.....





Boardwalk Empire yang berlatarbelakangkan tahun 1920-an ni mengisahkan bagaimana politik pada waktu tu didalangi sindiket haram di Atlantic City, New jersey atau Amadicka (bukan salah eja) amnya, nak tau sindiket haram apa? Arak! atau dalam drama ni di gelar Golden Liquor.. ye la zaman tu dadah tak wujud lagi.. candu pun masih di China.. dan ketagihan arak di Amadicka waktu tu sangat teruk sampai kerajaan mengharamkan arak tu... walaupun politikus sendiri bersendiket.. kalau nak tau korang kena tengok drama hebat ni. Diinspirasi dari kisah benar seorang politikus Atlantic City pada waktu itu Enoch Lewis "Nucky" Johnson. Watak Nucky yang dimainkan oleh pelakon versetile Steve Buscemi memang sangat2 memberi kesan, ye la siapa tak kenal Buscemi ni kan? bukan main hebat lagi dia dalam banyak cerita komedi.. paling aku ingat bila Buscemi pegang watak sengal2 ubi dalam Armageddon.. cuma kali ni peranannya berbeza sangat kerana  Buscemi pegang watak kepala  mafia dan politician sekali gus.Ramai lagi pelakon hebat dalam drama ni...ada Micheal Pitt,Kelly MacDonald,Vincent Piazza ramai lah..  Dalam drama ni jugak korang boleh lah nak tau siapa Al Capone sebenarnya.. dalam cerita ni Al Capone yang dah jadi penjenayah bersejarah di Amadicka tu masih lagi driver dan orang suruhan... walaupun watak dia asik bunuh2 orang aku menganggap Al Capone ni cute dan klakar kerana sifat Al Capone sebenar memang diterapkan dalam drama ni.

Ya memang betul, memang cerita ni ada semua unsur tapisan tayang seperti tajuk di atas. Dasyat.. sebab tu tak tayang di Malaysia dan tak akan tayang punyalah! kalaulah nak tapis untuk tayang negara kita mau 70% hilang kot.. haha.. walaupun hanya drama berepisod tapi set,costume,ost dan segala props2nya sangat2 realistik dan kita seolah2 berada di zaman tersebut... agaknya satu episod dia kita boleh buat 20 filem Adnan Sempit kot... 

Koleksi drama ni sekarang baru ada 2 Season .. sebenarnya Season 3 masih lagi berjalan tayangannya di Amadicka nuh. Bukanlah aku nak galakan orang Malaysia ni menonton benda yang memang tak elok untuk budaya tapi mungkin dah tiba masanya kita lebih terbuka dalam sesuatu dan melihat sesuatu dalam sudut yang positif... kita ni kadang2 sensitif sangat.. contoh terbaru lagu "Bawa Ku Pergi" tulisan Malique.. walhal lagu2 berunsur lucah barat bersepah2.. ohhh melalut dah aku nih! cuma kalau korang ada cd/dvd cerita berunsur mcm ni simpan lah elok2.. sebab memang tak sesuai untuk anak2.. negara kita ni bukan nak cakap la.. kebanyakannya parents tu sendiri yang tak disiplin dalam mengawal hiburan untuk anak2... 

Ok lah kepada korang yang berminat nak try test cuba tengok drama ni korang boleh inbox aku. Season 1 ada 5 CD berharga RM75/= , Season 2 ada 3 CD berharga RM45/= . congak2 kira sekeping RM15 la.. tapi korang memang akan puas hati la kualiti dia memang sebiji ori.. fuhhh aku niaga pirate DVD kot.. haha.. bukan aku niaga DVD Bunohan(mmg best!!) aku niaga DVD yang tak tayang kat Malaysia je.... kat bawah ni  aku tunjuk kat korang cover DVD dan sedikit thriller untuk korang.. memang terbaekk!! ok lah...
                       
                                                                         
Season 1

DVD case

Cantik



Enjoy!!!!!

modE&HoneY.inc™ 2012

No comments:

Post a Comment

Mode and honey - our timeline story....