7 March 2012

Redang Island... Just like Heaven

Pin It



Kecantikan  Pulau yang terletak di pantai timur Malaysia ini sememangnya tidak dapat disangkal oleh sesiapa pun dan sesungguhnya aku dan Honey antara yang bertuah kerana berkesempatan melihat ciptaanNya yang agung ini...(tiba2 terasa syahdu pulak, hehehe) ..kesempatan berkunjung ke Pulau ini sememangnya sesuatu yang membahagiakan..Pulau Redang ini merupakan satu daripada 9 pulau yang termasuk dalam kumpulan  Taman Laut di Terengganu ini. 



Ada 2 cara yang boleh digunakan untuk datang ke sini iaitu mengguna jalan air dan udara ... jalan alternatif lain jika anda ialah dugong ialah berenang..hehehe gurau . Jika korang menggunakan jalan air, mula2 sekali korang kena lah datang ke Kuala Terengganu dulu kemudian pergi ke ke Jetty Merang atau Jetty Kuala Terengganu iaitu berhampiran Pasar Payang. dari jety Merang atau jeti Kuala Terengganu ,ambil la mana2  ferri ( biasanya ferri diuruskan oleh resort yang terdapat di Pulau Redang).harganya kalau tak silap rasanya RM60 ( aku dah confuse dengan tambang bot laju di Pulau perhentian) returns dan korang kena bayar RM5 kepada Taman Laut ( sebagai bayaran kepada taman laut untuk pemuliharaan hidupan lautnya supaya anak cucu kita nanti sempat juga untuk menikmatinya).. selain itu korang boleh juga menggunakan pengangkutan udara .Tapi untuk ke sini korang hanya boleh naik Berjaya Air sahaja ya...tak ada Air Asia untuk ke sini..hehehe harganya aku tak pasti sebab tak pernah guna cara ini untuk datang sini. satu cara lagi ialah jika korang dari Pulau Perhentian atau Pulau-Pulau lain sekitar Terengganu ni,korang boleh ambil bot laju direct dari sana tapi kosnya agak mahal la..tapi permandangannya superb....
Peta Pulau Redang : sumbangan DOF
Seperti biasa, seperti mana2 pusat peranginan yang lain pun...tempat penginapan banyak disediakan..dari yang bajet hingga lah kepada yang super mewah...tepuk dada tanya poket...pasal makanan pulak, adat la ya..korang kena bajet makan di sini 2 kali ganda harga dari tanah besar...aku rasa mana2 Pulau pun sama...




Bagi sesiapa yang minat sangat snorkerling atau diving,Pulau Redang memang pilihan yang tepat ..tapi jika tanya pendapat aku,aku lebih suka kan Pulau Perhentian kerana Pulau Perhentian lebih santai,relax dan mesra....untuk apa2 info korang boleh lah tanya pada Puan Wiki atau En. Google ya...



Aku rasa tak perlulah aku tulis panjang2 pasal pulau ni,sebab aku rasa kata2 or tulisan aku tak mampu nak jelaskan betapa cantiknya tempat ni....biarlah gambar2 yang aku capture ni menceritakan segalanya...





have a fun!!!!!
modE.inc™ 2012

2 comments:

  1. memang cantik tempat ni.. tapi belum ada kesempatan datang. Kalau ada rezeki nanti nak juga berkunjung ke sana

    ReplyDelete
  2. terima kasih.. insyaAllah sampai nanti..

    ReplyDelete

Mode and honey - our timeline story....