Nama Broga hill famous tiba2 sejak akhir2 ni terutamanya semenjak angkasawan negara kita capture gambar pre-wed dia di sini..sejak tu,ramai friend yang suggest broga hill pada kami. mereka semua dah pun mendaki bukit ni atleast sekali la dan gambar2 diaorang pun cantik2..so, bila mode cadangkan pergi ke Broga Hill pada satu hujung minggu tu, aku terus je bersetuju...
Bukit Broga ni lokasinya terletak di Semenyih.Pilihan jalan untuk ke sini ada beberapa pilihan bergantung kepada daripada mana anda bermula.so, untuk lebih detail bagaimana untuk ke sini dari lokasi anda bolehlah Google maps. Perjalanan kami dari rumah kami di Bukit Beruntung bermula pukul 6 pagi iaitu sesudah subuh..kebetulan waktu subuh masuk awal. Berbekalkan sandwich tuna dan macaroni cheese untuk sarapan,kami memulakan perjalanan. kami sampai lebih kurang jam 7.30 pagi setelah bercampur dengan salah masuk dan keluar tol.
Pintu Gerbang kampung Broga |
![]() |
bila korang dah nampak signboard ni,maknanya korang dah nak sampai la tu |
Pada pendapat aku,bukit Broga ini memang sangat menarik untuk didaki dan tidak lah susah sangat bagi kami yang newbie ini.Pada yang kaki bergambar,tempatnya memang cantik,terutama semasa sunset or sunrise. Semasa dalam perjalanan turun,kami ada terserempak dengan satu kumpulan yang datang untuk membuat photoshoot pre-wed...memang bersusah payah sungguh mereka,yang pasti gambar mesti cantik kan.
Sepanjang pendakian,jalan tidak lah terlalu curam, kalau rombongan korang tak ramai,rasanya 30 minit dah boleh sampai ke puncak. dan sangat2 disarankan untuk memakai kasut yang mempunyai grip yang kuat kerana jika hari hujan,jalan sangat2 licin dan boleh membawa maut.
antara laluan yang sukar |
kenalan baru dari Singapura |
selamat mendaki!!
modE&HoneY.inc™ 2012
No comments:
Post a Comment