17 March 2012

Bukit Tinggi Resort

Pin It
Sebenarnya secara kebetulan kami singgah di sini dalam perjalanan balik kampung, memang dah banyak kali ajak mode singgah......
.....akhirnya terlaksana jua....kebetulan semasa dalam perjalanan naik ke bukit tinggi, ada seorang pekerja resort telah menahan kereta kami untuk tumpang naik ke resort ( di atas ni memang tidak ada public transport)...jadi secara tak langsung kami dapat masuk ke sini secara percuma atas alasan menghantar pekerja naik (jimat duit kami sebanyak RM36)......


Secara peribadinya, kalau untuk beraktiviti tempat ni tidak lah best sangat tapi jika korang nak bercinta..tempat ni mmg hangat..ada 2 spot yang utama iaitu Colmar tropicale ( kampung zaman pertengahan perancis) dan Jappanese Village..semasa kami ke sini, the Chateau  sedang dalam pembinaan dan kami tidak dibenarkan untuk mengambil gambar. Secara keseluruhannya tempat ini sesuai untuk bersunyi2an dan menenangkan fikiran. Tetapi bagi sesiapa yang menginginkan keseronokan,tempat ini bukan lah tempatnya...dari Pusat Bandar Kuala Lumpur, jaraknya kira2 55km..iaitu kira2 1 jam perjalanan ( campur macam2 la tu)..




Colmar tropicale 

adalah replika kepada bangunan di perkampungan perancis pada kurun ke 16..permandangannya umpama sekeping poskad yang sangat cantik dan berwarna warni. Untuk masuk ke sini bayarannya RM16 bagi dewasa dan RM8 bagi kanak2 (kami  dapat masuk secara percuma....yeay)..bagi aku bayaran ni agak mahal.Di pintu masuk ke Colmar Tropicale ini, korang akan disambut oleh clock tower yang sangat besar..masuk2 je terasa seperti berada di perkampungan perancis dulu2...untuk menikmati permandangan keseluruhan perkampungan ini, kami terpaksa menaiki/menuruni anak2 tangga yang separa bulat...boleh tahan penatnya dan dicadangkan tinggal saja kasut tumit tinggi yang bertumit halus itu di rumah jika hendak ke sini......




honey tiru  aksi posing dari awek cina sebelum kami




gambar di atas ni adalah tempat yang korang akan jumpa masa mula2 korang masuk kesini...iaitu clock tower..wajib bergambar di sini..hehehe
















colorful kan?...di sini ada satu cafe ( depan air pancut dalam kawasan ni juga) ...menurut adik yang aku tumpangkan tu, Tun Mahathir selalu naik ke sini untuk  beli muffin diorang..katanya favorite Tun..tapi aku tak try la beli, aku ada juga tanya adik tu,sedap ke?  jawapannya adalah: rasa macam muffin la...hehehe..betul juga kan? tak kan nak rasa macam nasi minyak pulak kan..









Japanese village pulak terletak kira2 3,500 daripada aras laut. satu2nya perkampungan seumpama ini di luar negeri jepun...Perkampungan ini terdiri daripada Japanese tea house, Sakura and Ume Tatami Suites dan Botanical Garden..harga peginapan di sini boleh tahan lumayannya...tapi,persekitarannya mabeles..memang mendamaikan..dikelilingi hutan tropika dan deruan airterjun mini yang dipenuhi ikan koi Jepun besertakan suhu sejuk bukit. Upacara minum tea mengikut adat2 orang2 jepun  yang dilakukan oleh perempuan yang berpakaian kimono di Japanese tea house  ni juga boleh saksikan secara percuma.....kat sini boleh bergambar sakan....sesiapa nak sewa kimono pun boleh. lepas tu boleh la  korang buat adat minum tea tu sambil bergambar.tak banyak gambar aku ambik di sini sebab ramai sangat orang.










signboard je la ya....agaknya sekarang dah siap aku rasa tempat ni





enjoy!!!!








modE&HoneY.inc™ 2012

No comments:

Post a Comment

Mode and honey - our timeline story....