1 September 2012

EXOTICALLY BEAUTIFUL MOUNT BROMO

Pin It






Bagaimanakah harus dimulakan entry ini. kami terlalu jatuh cinta dengan tempat ini.Mampukah tulisan kami ini mengungkapkan betapa cantiknya gunung bromo ini.walaubagaimanapun,cerita harus diteruskan.berikut ialah sambungan daripada journey kami dari surabaya ke probolinggo seterusnya ke gunung bromo.


Setelah 2 jam menaiki bas dari surabaya,kami akhirnya tiba di stesen probolinggo ( tapi kami  hanya berhenti di simpang stesen bas Bayuangga, iaitu bromo view tempat di mana angkot berwarna hijau berkumpul untuk mengambil penumpang naik ke cemoro lawang).kami tiba lebih kurang jam 3.30 ptg. Risau juga, kerana kami diberitahu waktu last kenderaan naik adalah pukul 4 petang.setelah bertanya,ternyata itu semua adalah dusta..hehe.kenderaan naik ke atas adalah 24 jam dan ini terbukti apabila semasa di atas sana,didapati kebanyakan pelancong asing sampai ke atas adalah waktu malam. turun je dari bas kelihatan pemandu angkot sudah menghampiri kami.Dan bayaran untuk naik ke atas adalah RPI25k seorang jika penumpang penuh satu angkot.oleh kerana masa tu hanya ada kami berdua,pemandu menetapkan harga RPI150k jika kami mahu teruskan perjalanan dan jika mahu dengan harga RPI25k, kami terpaksa tunggu beberapa orang penumpang lagi.kami mengambil keputusan untuk menunggu. dan memandangkan kami belum lagi makan tengahari dengan bersungguh-sungguh maka kami putuskan untuk makan sambil menunggu.mode oder nasi goreng ayam dan tea ais dan honey hanya minum coke cola sahaja.

NASI GORENG AYAM..BOLEH TAHAN ENAKNYA..HARGA PUN MURAH 

sesambil makan tu,datang 2 pelancong asing yang kami agak dari eropah.setelah berbincang dengan mereka kami ambil keputusan untuk nego dengan pemandu angkot kami ( namanya Pak Miskom)untuk meminta harga RPI125k jika kami mahu teruskan perjalanan tanpa menunggu lain2 penumpang memandangkan kami sudah kepenatan. pelancong asing itu mengembara dari Lombok.Memandangkan haripun semakin petang,Pak Miskom pun bersetuju tanpa banyak soal dan terus menyalin seluar yang lebih tebal.perjalanan  ke cemoro lawang diteruskan.
PAK MISKOM..PEMANDU ANGKOT KAMI




memandangkan keputusan untuk ke gunung Bromo dibuat secara tiba2 dan sepatutnya kami meneruskan perjalanan ke Bromo adalah malam ini.so,wujud lagi satu masalah.kami tidak ada tempat untuk menginap malam ni.lantas masalah tu kami utarakan pada Pak Miskom,dan Pak Miskom mencadangkan kami bermalam di homestay di cemoro lawang.dan menurut beliau homestay itu mempunyai permandangan terus ke gunung Bromo.dengan RPI200k semalam.








Perjalanan selama 1.5jam diteruskan lagi dengan permandangan kiri kanan yang sangat2 superb dan suhu yang sangat dingin diantara 8-2C..route perjalanan adalah seperti berikut:

MACAMANA UNTUK KE BROMO:

DENGAN BAS~
DARI JUANDA AIRPORT KE PURABAYA (BUNGURASIH)
NAIK DAMRI ..TIKET RPI20K

DARI SURABAYA KE PROBOLINGGO BERHENTI DI BAYUANGGA PROBOLINGGO BAS STESEN
PATAS BAS ..TIKET RPI20K
ORDINARY BAS..TIKET RPI15K

DARI PROBOLINGGO BAS TERMINAL
NAIK ANGKOT WARNA HIJAU KE CEMORO LAWANG
TIKET RPI25K/SEORANG
KERETA SEWA RPI400K/KERETA

PROBOLINGGO - TONGAS  30KM  20MINIT
TONGAS - SUKAPURA 16KM 40MINIT
SUKAPURA -NGADISARI 15KM 20MINIT
NGADISARI-CEMORO LAWANG 25KM 15MINIT
CEMORO LAWANG - GUNUNG BROMO 25KM 10MINIT (JEEP) 20MINIT (JALAN KAKI)

DARICEMOROLAWANG KE GUNUNG PENANJAKAN PASS TROUGHT GURUN PASIR VICE VERSA
HARGA RPI300K (JEEP 6 ORANG)
RPI 100K (SEWA MOTOSIKAL)

ENTRANCE TIKET
DOMESTIC RPI6000K
TOURIST  RPI25000K

** walaubagaimana pun,korang boleh juga sewa teksi terus dari airport.harganya RPI450k per teksi..kalau ramai,untung sangat dan selain probolinggo,untuk access ke bromo boleh juga melalui malang,pasuruan dan lumajang.



Apabila sampai di kaki gunung,hari pun dah berganjak malam dan gelap (walaupun baru 6 petang).tanpa fikir panjang ( plus keletihan  teramat sangat setelah rasanya lebih dari 24jam  tanpa rehat yg mencukupi)  kami bermalam mengambil keputusan untuk bermalam di homestay memandangkan hot shower disediakan secara percuma.suhu malam ni mengigit2 sejuknya dan perut pun dah berkeroncong (mungkin suhu yang super dingin menyebabkan kami bertambah lapar).semasa kami check in,nampaknya hanya kami berdua sahaja..seram juga tapi bila keesokkan pagi ketika dikejutkan untuk ke Bromo..tiba2 semua bilik berpenghuni...magic!!!!.setelah mengambil masa lebih kurang sejam setengah untuk membersihkan diri dan berehat lebih kurang,kami turun untuk mencari makanan dan bertanya pada tuan rumah di mana cafe atau tempat makan yang halal untuk kami (penduduk kg ngadisari cemoro lawang adalah hindu dan agak keliru bila iras wajah seperti melayu tetapi mereka adalah hindu)tuan rumah mencadangkan kami ke cafe lava.setelah berjalan kaki lebih kurang 5 minit turun naik bukit sambil diekori penjual topi dan skaf kait ..akhirnya ketemu juga cafe lava ni..tempatnya ok..bersih dan simple.semasa sampai,tetamu tak ramai..hanya ada 1 meja yang berpenghuni,chinnese dan mat salleh..mungkin sedang bertukar2 pengalaman..suhu dingin yang teramat..honey oder hot choc ( hot choc yg sgt2 sedap) dan nasi goreng java manakala mode oder kopi java dan nasi goreng special..tak tahu la,disebabkan suhu yang dingin serta kelaparan yang amat atau sememangnya nasi goreng ni memang sedap..semuanya licin disapu kami..kekeke..kos untuk makan malam kami ialah RPi66k..agak murah dan berbaloi..lepas makan,kesian pulak tengok mereka2 yang follow kami dari kami jejak kaki di cemoro lawang hingga la kemalam..so kami beli lah topi dan skaf ( dan ianya agak berguna untuk keesokan harinya)..pada malamnya,tidak banyak aktiviti yang kami dapat lakukan kerana kepenatan..di cemoro lawang ni tempat tumpuan pelancong asing untuk menginap kerana tempatnya lebih dekat untuk access ke bromo dan pemandangannya yang cantik.kami singgah di kedai untuk membeli air mineral dan apple cemoro lawang (lapar lagi) dan ambil keputusan untuk berehat awal (esok kena bangun seawal jam 3.30 pagi untuk menikmati sunset di gunung penanjakan)..zzzz


27HB MEI 2012 (Sabtu)


sedang enak dibuai zzzzzz...jam pulak berbunyi menandakan jam 3.00 pagi...terpaksa bangun untuk bersiapsedia (tanpa mandi,hanya cuci mata ala2 P.Ramlee..sejuk yang amat2 sangat..nak sentuh air pun tak tergamak)bila kami dah siap,Pak Miskom call menyuruh kami turun ke bawah kerana pemandu Jeep sedang menunggu.oleh kerana kami tiada jaket tebal,terpaksa la kami menyewa jacket tebal untuk mengelakkan kedinginan yang tahap tidak boleh kami tahan lagi.harganya ialah RPI50k untuk 2 orang.sedang syok2 pakai jaket datang la seorang minah mat salleh (kami agak latin) marah2 kerana menurutnya sudah 2 jam menunggu kami...salah siapa? kami diberitahu pukul 3.30pagi untuk bersiap..dan itu hanyalah permulaan kepada perbuatannya yang menguji kesabaran kami..).
kami meneruskan perjalanan dengan jeep yang memuatkan seramai 6 orang ( hanya kami berdua  melayu) untuk ke Gunung Penanjakan (untuk menikmati permandangan matahari terbit) selama lebih kurang 20minit melalui jalan bukit berbatu.setelah sampai,terpaksa berjalan kaki selama lebih kurang 5 minit dan menunggu selama lebih kurang 15minit untuk menyaksikan matahari terbit.masa yang ditunggu akhirnya tiba.impian kami untuk ke sini akhirnya dimakbulkan ALLAH...permandangannya sangat2 hebat (jika anda berpeluang datanglah kesini untuk menikmati salah satu kehebatan ciptaanNYA).tidak mampu untuk kami gambarkan dengan kata2 mengenai keindahannya.setelah lebih kurang satu jam dan hari semakin cerah,kami diminta turun untuk meneruskan perjalanan seterusnya ke kawah gunung Bromo...


perjalanan diterus selama 20minit..melalui jalan berbatu dan akhirnya padang tandus berwarna hitam.untuk naik ke kawah Bromo,kami terpaksa berjalan kaki selama 20minit merentasi padang tandus debu gunung berapi dan mendaki anak tangga gunung bromo sebanyak 256 (lebih kurang)...penat sangat2...dan perkhidmatan ponny disediakan...jika lagi jauh jaraknya maka mahal lah bayarannya..ditengah padang tandus ini,kelihatan kuil hindu (poten) tempat kaum tangeres menjalankan upacara keagamaan (pelik juga di padang yang tandus tiba2 ada kuil).


setelah lebih kurang 2 jam menghabiskan masa,kami turun semula ketempat penginapan kami kerana teman kami yang lain terpaksa turun awal untuk ke probolinggo dan seterusnya kedestinasi masing2.kami mengambil keputusan untuk tinggal semalam lagi di Bromo dan kali ini kami akan berpindah ke yoshi untuk menikmati pemandangan dari sisi lain pula.


setelah berehat dan menikmati permandangan untuk kali terakhir di kg ngadisari dan cemoro lawang,kami akhirnya menaiki ojek dengan bayaran RPI3k seorang untuk turun ke Yoshi..bila tiba di Yoshi,kami confirm booking dan menempah bilik untuk 2 malam.bilik di Yoshi agak selesa,bersih dan agak berbaloi dengan harganya iaitu RPI120k untuk semalam.makanannya pun agak sedap.kalau ke sini bolehlah cuba kentangnya yang agak terkenal diserata dunia.kami telah mencuba potato pancake...dan rasanya sangat sedap..dan agak menyesal kerana mencuba agak last minit..jadi tak boleh lah kami repeat untuk kali kedua.disini juga pertama kali kami mencuba kopi bandrek,iaitu sejenis minuman tradisi java timur (kami borong kopi bandrek di airport bandung sebagai cenderamata).rasanya agak sedap dan mengandungi 9 jenis rempah ratus yang amat bagus untuk kesihatan.ramuan utamanya ialah jahe (halia).


petang berjalan sekeliling kampung menikmati permandangan yang cantik dan beramah mesra dengan penduduk kampung.kesempatan ini juga kami ambil untuk berkenalan dengan traveller lain.kami berkenalan dengan dennis,dari filiphina.sangat asyik mendengar pengalamannya dan suatu hari nanti kami mungkin akan ke filiphina.Dennis meminta kami untuk menghubunginya jika kami ke sana.Tetapi ada sedikit penyesalan kerana menolak ajakan untuk ke Savanah (kawasan di belakang Bromo tempat filem pasir berbisik dilakukan)..mungkin ini boleh dijadikan alasan untuk berkunjung lagi ke Bromo :))


 ole-ole warna warni dari kami di Bromo:~








































































































28HB MEI (Ahad)


Pagi ni terpaksa bangun awal dan suhu sangat2 dingin..walaupun jam baru menunjukkan jam 5 pagi (tanpa mandi,hot shower diluar bilik dengan bayaran RPI5k seorang)tapi diluar sudah terang benderang....selepas subuh di surau,mode keluar untuk mengambil foto dan menghirup udara segar,honey mengambil peluang untuk berlingkar sekejap zzzzzz....pukul 6 kami akan turun ke probolinggo (menaiki bas sekolah anak2)..sengaja turun awal sambil mengambil kesempatan untuk melihat suasana pasar pagi dan suasana alam persekolahan di sini..dan ternyata pelajar2 kita di Malaysia sejuta kali lebih beruntung dari mereka..bila melihat kepayahan yang dihadapi oleh orang lain baru lah kita boleh merasa bersyukur dengan apalah sangat kesusahan yang kita hadapi.


jam 7.30 pagi kami sudah berada di Probolinggo.oleh kerana belum lagi bersarapan,maka kami memesan soto.dan surprises....rupanya disini..soto tauge di makan dengan nasi putih (agak tidak kena dengan selera kami)..kami jalan2 sekejap disekitar dan membeli buah salak untuk dimakan.harganya sangat murah dan buahnya sangat manis.kemudian kami menaiki elap dengan bayaran RPI3k untuk ke  stesen keretapi.train kami untuk ke surabaya ialah jam 9pagi.kami ada sejam setengah..maka,terlopong la kami tak tau nak buat apa.sedang menunggu di luar kaunter (pintu tempat menunggu train masih ditutup),masuk seorang pakcik..dari iras wajah seperti ada masalah dan keliru...kami berbual.dia menceritakan dia dari yojakarta dan mahu pulang kesana tetapi walletnya kena copek di stesen bas.kami bertanya macamana mahu pulang jika tidak ada wang? katanya sedang berfikir untuk meminta dengan orang ramai di pasar...kaget. setelah berbincang,kami pun memberi RPI50k untuk membeli tiket kelas ekonomi ke yojakarta.seperti mahu menitis airmata betapa gembira dan bersyukurnya pakcik tu..mahu disembah2 dan dicium tapak kaki kami.betapa besarnya nilai wang yang tak sampai RM15 pun..kalau di Malaysia,RM15 tu agaknya apa la sangat kan...oleh kerana masa masih panjang, kami mengambil keputusan untuk ke tourist information centre yang terletak berhadapan dengan stesen keretapi..banyak juga maklumat yang kami perolehi untuk pengembaraan kami yang akan datang ke Bali dan Lombok..2 orang pemuda yang bekerja di sini sangat baik dan membantu..setelah mendengar dan bercerita,kesimpulannya,kami sangat bersyukur kerana Malaysia ialah tanah tumpah darah kami walaupun ada segelintir yang begitu membenci tanahair ini...


lebihkurang 8.30 pagi,pintu untuk ke tempat menunggu dibuka..kami masuk dan mengambil peluang ini untuk membersihkan diri dan ke tandas.perjalanan ke Surabaya ialah 2 jam..oleh kerana perjalanan kami ialah menggunakan kelas ekonomi,keadaanya azab sikit la..kami sampai di Surabaya jam 1 petang dan ada lebih kurang 2 jam lagi untuk train seterusnya ke yojakarta.oleh itu,sambil menunggu kami lepak di dunkin donat sambil surf internet...




seterusnya perjalanan 5 jam ke yojakarta...untuk entry seterusnya,kami akan menulis pengalaman kami selama 4 hari di yojakarta yang penuh dengan warna warni.











Gunung Bromo dan lagendanya..semoga abu cepat berlalu..



gunung Bromo berdiri di tengah dataran luas yang disebut "laut pasir" (bahasa Jawa: Segara Wadi ),sebuah taman alam yang dilindungi sejak 1919. Merupakan gunung berapi yang aktif dan merupakan sebahagian dari daerah Tengger dengan ketinggian 2.329m (7.641 kaki), gunung Bromo memang bukan puncak tertinggi di Indonesia. Kawasan yang paling terkenal dan kawasan wisata yang paling banyak dikunjungi di Jawa Timur ini memiliki kecantikan dengan hamparan pasir, yang membuatnya berbeza dari kawasan wisata yang lain.
seindah keindahan panorama, Bromo memiliki latar budaya yang juga menarik.Pada hari ke14 Festival Hindu Yadnya Kasada ( upacara diadakan setahun sekali du bulan Kasodo (ke 10)menurut kalendar Jawa iaitu sekitar disember atau Januari.Masyarakat Tengger Probolinggo melakukan perjalanan ke atas gunung untuk membawa persembahan misalnya buah,beras,sayur,bunga,haiwan ternakan dan sebagainya kepada dewa gunung dengan melemparkan mereka kedalam kawah gunung berapi. Asal usul ritual berdasarkan kepada lagenda abad ke 15. Lama tidak memiliki anak, Roro Anteng dan Joko Seger memohon bantuan para dewa gunung.Akhirnya pasangan tersebut memiliki banyak anak.

para dewa memberi mereka 24 anak tetapi menetapan bahawa anak yang ke 25 yang bernama Kesuma,harus dilemparkan ke dalam kawah sebagai korban. Permintaan dewa mereka laksanakan. Tradisi melempar kurban ke dalam kawah gunung untuk menenangkan dewa kuno ini berlanjutan hingga sekarang. meskipun penuh dengan bahaya,beberapa penduduk setempat mengambil risiko naik-turun kebawah untuk menghantar barang yang dikorbankan kerana mereka menyakini bahawa hal ini membawa keuntungan kepada mereka.

modE&HoneY.inc™ 2012

5 comments:

  1. salam sis,, saya mmg teruja betui dgn penceritaan sis terutama pic matahari terbit kat gunung merapi bromo.. ya allah ko murahkan lah rezeki ku agar dpt ku lihat bumi yg luas nie..aminn

    ReplyDelete
  2. insyaAllah.. sebenarnya taklah kos tinggi nak kesana. rasanya kalau pergi langkawi 3h2m lagi mahal kot... tapi sebenanrnya gambar2 tu tak cukup nak mengambarkannya. kami pun tak sabar nak repeat kesana. banyak lagi nak explore..

    ReplyDelete
  3. tumpang tanya, cikgu tido di homestay atas bromo tu agak2 berapa ribu rupiah utk semlm...

    ReplyDelete
  4. salam.. maaf sgt. lambat kami balas. lama x update bog ni sebab banyak perkara.. :)
    ok untuk yoshi 1 mlm 125k..

    ReplyDelete

Mode and honey - our timeline story....