24 April 2012

BUNOHAN : Tak Faham.....?

Pin It

Bunohan... filem melayu yang pada aku sangat hebat dari pelbagai aspek.. aku sememangnya peminat filem melayu agak berbeza dengan Honey yang lebih kepada filem barat.. tak salahkan dia kenapa minatnya terarah kepada filem luar.. tak nak cerita hal filem lain cuma nak cerita hal BUNOHAN!! 
Ya memang filem ni dah lama ditayangkan tapi kenapa aku masih nak bercerita tentang filem hebat ni? aku terpanggil untuk menulis kerana aku sendiri pun tak habis-habis menilik,membelek,mengkaji naskah berbentuk visual yang hebat ni. Terus terang filem ini memang aku nanti2kan...sejak membaca membaca entri Zahiril Adzim aku rasakan sesuatu yang lain dari filem melayu yang tipikal dengan lawak hantu murahan.. 
Pujian setinggi gunung harus diberikan kepada pengarahnya Dain Said sbb berani bermain dengan filem yang bagi aku ber genre drama famili ni.. walaupun poster,dan thirller nya nampak mcm filem action ganas.. tapi sebenarnya filem ni hanyalah berunsur kekeluargaan. walau begitu ianya digarap dengan baik sekali.. tahniah sekali lagi!! 
Berlatarbelakangkan Kelantan... banyak yang uniknya dengan filem ni, selain penggunaan dialek, seni tempatan seperti wayang kulit yang diketengahkan juga menambah nilai bagi filem ni.. bak kata Rasdan (Mingguan Malaysia) "lagi tinggi nilai tempatannya,lagi tinggi nilai antarabangsanya"... 
Selain itu pemilihan pelakon yang kebanyakannya 100% bertukar dengan watak yang biasa mereka mainkan di layar perak.. contohnya Amerul Affendi yang sebelum ni banyak memainkan watak budak nerd,sengal etc.. tapi kali ni persembahannya sangat berbeza dan pada aku ianya kejayaan pengarah. begitu juga dengan Faizal Hussein, dan lain2... 

APA YANG TAK FAHAM???
tak ada yang tak faham... jika korang semua meminati filem yang berunsur mcm ni... fahaman terhadap filem itu subjektif. itu saja..sebab tu pengarahnya lansung pun tak bercerita apa sebenarnya itu apa sebenarnya ini.. malah naskah ini menjadi topik hangat dalam forum2 penggiat atau peminat filem... hebatkan??? melainkan korang adalah peminat filem yang ringan sampai tahap keringanannya seperti kapas.. contohnya adnan sempit,hantu dalam botol kicap.. dan lain2 lah.. hahaha.. bukanlah aku nak kutuk..  aku pun masih menonton filem2 yang macam itu.. cuma pengiat filem kena fikir.. mereka asik menuding jari kepada masyarakat yang kononnya masyarakat inilah yang memusnahkan industri mereka...walhal mereka tak sedar dalam seronok mereka ber produktif dengan kuantiti mereka melupakan aspek kualiti yang sangat penting.. 
Akhirkata, filem yang baik akan dikupas, dibincang dan dikaji sampai tepu.. filem yang ala2.. keluar je panggung kita akan ceritah la lain.. kira habis disitu jugak la.. haha.. ok? As Sallamu.. 

Enjoyy!!!!





modE&HoneY.inc™ 2012

No comments:

Post a Comment

Mode and honey - our timeline story....