29 February 2012

Solok Lada

Pin It
Ini solok lada, kepada yang tak biasa dengar, di pantai barat di panggil lada sumbat. Makanan ni berasal dari pantai timur rasanya kerana popularitinya lebih terserlah  di sana... solok lada ni juga dijadikan lauk sampingan untuk hidangan nasi .. paling popular dimakan bersama nasi kerabu.. solok lada 1ni di perbuat dari lada hijau ( puas aku cari Kl ni jenis lada hijau ni,tapi tak jumpa..yang selalu jumpa cili hijau yang lain,mungkin sebab itu kot solok lada ni tak popular di pantai barat)  yang intinya gabungan isi ikan,kelapa parut dan santan.. memang vavvommm bila mencecah lidah anda.. tapi solok lada yang ini made by mak mertua memang special sikit.. haha.. 


  resepi solok lada MIL

bahan
bawang merah 5 biji
halia 1/4 ruas
1 sudu kelapa parut
isi ikan dari 5 ekor ikan
garam,gula,perasa

cara

tumbuk semua bahan hingga lumat

kukus/ jika nak rebus,tambah sikit santan dalam periuk

senangkan...tapi rasanya sangat sedap...makan masa panas2




No comments:

Post a Comment

Mode and honey - our timeline story....