6 March 2012

Fraser Hill with L.O.V.E

Pin It
Hari ini sibuk mengemaskini dan  membelek fail2 lama dalam laptop ni yang nak ditransfer ke ext HDD maka terjumpa gambar jalan2 kami tahun lepas.. yang boleh aku bercerita balik ni sebab dalam fail tu sendiri dah ada coretan tentang perjalanan ke sana... keinginan untuk berblog tu sudah lama wujud.. mungkin sebab belum sampai seru kot.. 

kami gerak dari Bukit Beruntung seawal 7 pagi ... bukan apa kami tak nak nanti rasa tak puas di atas sana sebab ini hanyalah day trip..dan  kami tak bermalam pun di sini, ya la rumah dekat je so balik hari la... (honey menyediakan bekal ala2 piknik orang english dulu2, kononnya nak rasa feel zaman kolonial..siap dengan bakul rotan kain petak2)

bakul piknik kami


susur jalan yang berliku
 nak cerita sikit cara nak ke sana, kalau dari KL korang cari dulu jalan macamana ke Kuala Kubu Bharu  sebelum ambil jalan arah ke Raub melalui Empangan Sungai Selangor (Splash Pertak) macam yang aku ceritakan di posting aku yang lepas (ala, korang ikut je signboard ke Fraser Hill, masuk je Kuala kubu memang dah start ada tanda ni hingga la sampai ke kaki bukit nanti..so jangan risau,kemungkinan untuk sesat itu sangat tipis sekali)  pada yang first time kesana memang rasa sangat jauh  dan jalannya pun pusing2, pada aku 2,3 kali ganda lebih teruk jalan lama ke Cameron Highland.. 


Ahah! Bila korang nampak sign board Fraser Hill macam gambar diatas tu jangan ingat korang dah sampai plak.. jauh lagi perjalanannya . Korang baru di kaki bukit tu... Biasanya korang akan jumpa deretan kenderaan beratur menunggu giliran untuk naik kesana.. ini kerana jalan naik ke Fraser Hill ni sempit dan sehala iaitu,jika masa tu turn kereta turun dari atas bukit yang bawah bukit kena la tunggu.. jadi pihak Fraser hill dah buat jadual turun naik seperti yang aku tunjuk kat bawah ni untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku. 


Pada yang tak biasa naik memang akan rasa sedikit mabuk.. sebab jalan dia perghhhh! dah macam roller coaster... driver pun kena hati2 sebab aku yang dah banyak kali turun naik ni pun pening2 lagi.. so kena sangat hati2 dan jangan laju,just enjoy the permandangan kiri kanan yang sangat breathtaking itu. 

Tapiiiii............... segala mabuk2 dan pening2 akan hilang bila dah sampai atas.. memang sangat mendamaikan dan sejuk. suasananya memang berbeza dengan Bukit Tinggi,Cameron highland atau Genting Highland. Kepada yang kaki bergambar untuk diuploadkan di Facebook pastinya tak akan melepaskan peluang untuk bergambar di menara jam tu.. hehe.. aku tengok semua pun nak ambil gambar kat situ..dan yang pastinya semua yang pernah ke Fraser Hill pasti ada gambar di jam besar ni..tapi tak dinafikan jam besar ni memang cantik pun.


Inilah Pusat Bandar Fraser Hill... memang tenang walaupun ramai orang time tu, korang masih terasa ketenangannya dek kesejukan yang menyegarkan tekak dan kepala korang yang tengah nak muntah tu.. 
Pada yang first time aku syorkan korang pergi  dapatkan Map kawasan Fraser Hill ni di Info kaunter yang terdapat di Pusat Bandar ni.. 

Lepas tu korang boleh la jalan2 mengikut gerak hati korang.. sebab mana pun korang pergi di kawasan Fraser Hill ni korang tak akan sesat sebab satu2nya jalan keluar adalah jalan korang masuk tadi... Lagi pun memang banyak sign board penunjuk arah di sana.. 


Fraser Hill ni mendapat namanya dari seorang mat saleh bernama Louis James Fraser pada 1913... mat saleh ni kira macam tokan dadah la jugak.. dia lah yang supply dadah candu kepada pelombong cina di Pahang waktu tu..mungkin dgn bisnes yang berkembang maju itulah dia bina Fraser Hill ni untuk dijadikan pusat pelombong2 cina tu berjudi dan tempat kediaman percutian dia, ya la mat saleh mana tahan panas,agaknya time rindu tanahair tu,sini la tempat melepaknya... ye la sejuk kan..Tapi sebenarnya banyak yang tak dapat nak di ketahui akan hal Louis James Fraser ni.. ye la orang tokan la kata kan.. 






Apa2 pun bangunan2 yang di bina disini dengan mengikut reka bentuk Inggeris Kolonial waktu tu memang menambat hati.. antaranya bangunan yang ditinggalkan ialah Balai Polis ni yang tertera tahun binaannya, pejabat pos dan banglo2 lama yang sungguh cantik. ..memang terasa la english dan kolonial nya... memang klasik.. masa tu nenek aku pun tak lahir lagi.. huh! kukuh betul binaannya.. sekarang ni rumah teres yang aku duduk baru tak sampai 2 tahun pun dah retak sana sini.. 

the smoke house



                        view sisi lain the smoke house





Ni antara tempat yang aku suka... Ye Olde Smokehouse.. bangunan ni sebenarnya dah dijadikan restoran..tempat ni kira agak mewah la di sini tapi kalau korang tak nak makan pun masih boleh jalan2 dan tengok di kawasan smokehouse ni.. Memang ketenangan yang di cari akan bertemu disini.. rilex je.. untuk bergambar pun cantik..romantik je...Roses di sini pun cantik2..






Fraser Hill ni juga akan menjadi lebih menarik kepada sang pencinta bunga2an.. Tak terhitung banyaknya jenis2 bunga disini.. apa yang pasti bunga2 disini belum tentu boleh dijumpa di kedai2 bunga di sekitar KL mungkin kerana dengan suhu yang sejuk maka banyak lah bunga2 eropah yang ditanam disini.. 
Kebetulan juga kami ni memang suka bercucuk tanam .... banyak jugak la anak2 pokok yang sempat dirembat.. kebetulan masa pergi tu, ada sorang tukang kebun bangla  sedang berkebun..honey ambil kesempatan la,apalagi dibodeknya abang tu, hasilnya penuh la kereta dengan  anak pokok ros dan lily pelbagai spesis.. seronok betul mek aku time tu.. balik rumah tak berbunga pun :(   


Sebenarnya banyak aktiviti yang boleh buat disini.. nak2 bagi mereka yang bermalam disini.. contohnya mcm gambar diatas korang boleh jungle treking sambil menjejak burung2 eksotik hutan kita.. dan bagi yang suka hiking ada  beberapa trail yang boleh korang guna. Antaranya ialah Hemmant trail, bishop's trail dan Pine Tree trail.

tasik aku dah lupa nama...tempat muda mudi bersampan

  
Sedikit info kepada yang nak bermalam disini.. banyak sangat pilihan tempat untuk bermalam disini. dari yang bajet hingga la yang mewah.. tapi kalau yang datang dalam kumpulan lebih jimat jika korang sewa banglo.. kami sendiri pun ada juga memasang impian untuk menyewa banglow untuk percutian keluarga kami nanti.. harga untuk penginapan pun tak lah mahal sangat kira berbaloi la jugak..
hanya ada gambar pintu gerbang Jeriau Waterpark

Jangan tak tahu di Fraser Hill ni jugak terdapat kawasan perkelahan air terjun iaitu air terjun Jeriau.. memang menarik... udara pun dah sejuk bayang sendiri la airnya macam mana.. cuma nak sampai di air terjun tu sekali lagi driver akan pening2 lalat la dan penumpang2nya jugak akan merengek minta kereta diberhentikan untuk..... Lu Pikir la sendiri!!...kami tak sempat nak mandi manda sini sebab bila sampai kawasan air terjun tu,honey tak larat nak jalan so terpaksa la batalkan niat tu..jadi tak ada la gambar air terjunnya..inshaallah jika sampai lagi kami ke sini..tempat ini akan kami jejaki..

lokasi yang selalu digunakan untuk resepsi perkahwinan



 Lagi satu ramai juga yang menjadikan Fraser Hill ni sebagai tempat melansungkan Walimatul Urus, mungkin sesuai dengan keromantisanya..ala2 english gitu.. dengan menyewa banglow2 sebagai lokasi majlis... bagi yang minat golf dan berkuda pun,kemudahan ini juga ada disediakan...kalau nak lagi romantik,korang juga boleh naik sampan di  tasik. tapi aku dan honey belum lagi cuba bersampan di sini..nak kena try juga ni...






Lepak punya lepak hari dah semakin petang dengan bonet pun  dah penuh dengan pelbagai spesis pokok bunga maka  kami  pun mengambil keputusan untuk turun sebelum siang melabuh tirainya..cewahhh.. tapi sebelum tu sempat aku meng capture gambar yang menjelaskan lagi betapa Fraser Hill ni memang satu lagi tempat untuk menghilangkan stress dengan hiruk pikuk kota (klise lagi).. 

Dalam tengah kami berbaris menunggu giliran untuk turun, adalah ternampak dengan seekor spesis kera yang agak cute bermain2 dekat dengan pondok jaga di situ.. kera tu rupanya dah jadi macam haiwan peliharaan pak guard tu.. ..menurut cerita pak cik tu, pada asalnya kera tu sekumpulan dan mungkin tersesat dan terpisah dari ibubapanya..masa tu kera tu masih lagi baby...lama  kelamaan kera tu dah tak nak berkawan dengan kera2 lain sampai pak guard tu  pun dan tau favorite kera tu.kera hanya makan tomato je, tak yah la bagi pisang..tak layannya.. sempat kami merakam aksi cute kera tu untuk korang....

cukup la sampai di sini dulu untuk kali dan semoga terhibur dengan gambar2 yang dicapture ini...


As-Salam... dan.. Enjoy!!!




                                                                                                     modE.inc™ 2012

3 March 2012

Kesucian Kg Pertak

Pin It

Suasana Tenang 

Segar Lagi Menyegarkan 

Kg Pertak.. memang bukan tempat perkelahan yang sinonim oleh rakyat Malaysia ni tapi apa yang saya boleh bagi tau tempat ni memang sangat2 lah bestnya, lihat sahaja gambar yang sempat saya ambil ni..

Empangan Sungai Selangor 

Kg Pertak ni terletak dalam daerah Hulu Selangor, melalui pekan Kuala Kubu Bharu menuju ke jalan alternatif ke Raub. Kg Pertak ini sangat berhampiran dengan Empangan Sungai Selangor..



Pusat Kawal Seliaan Splash 

Kg Pertak ni sebenarnya adalah sebuah perkampungan masyarakat asli di selangor ni.. Di belakang perkampungan itu lah terletaknya sungai yang sangat kebaboomm ni.. airnya sangat bersih dan jernih..sehinggakan korang boleh nampak ikan tu jantan ke betina masa korang tengah mandi manda tu.. bayang la sendiri jernihnya macam mana.. ini semua pun atas sebab mungkin belum ada tangan2 pembangunan disini.. 
fresh

mamat dan minah saleh yang  menginap di perkampungan ini


Kebetulan semasa saya sedang mandi manda datang sekumpulan anak2 orang asli disini turut sama mandi.. Apa yang menariknya mereka semua sangat sporting. Sportingnya sampai tahap mandi bogel semuanya.. hahaha.. Apa aksi stunt yang mereka tak boleh buat? Semua aksi2 stunt mereka buat, kadang2 tu mengalahkan Daniel Bego pun ada.. 

Double Peace 

Stunning 

Satu lagi yang menarik di Kg Pertak ni ialah kalau korang datang pada musim durian... Korang boleh menikmati durian fresh yang baru luruh dari pokok.. apa yang bestnya rasa duriannya agak lain dari yang kita beli di tepi2 jalan atau pasar2 malam.. mungkin kerana pokok durian hutan atau pokoknya tak berkerjasama dengan mana2 baja atau apa saja bahan penyubur pokok.. haha melalut.. rasa duriannya sangat fresh.. sampai bini saya yang tak minat durian pun turut makan.. 


 durian kampung yang sememangnya sangat fresh


jangan tak percaya,harganya hanya RM1 sebiji
 

Kesimpulannya tempat ni memang bagus kepada yang inginkan ketenangan dari hiruk pikuk kota raya (klise kan?)... Cuma... huh! ada cuma.. korang dielakan datang mandi time tengkujuh atau hari hujan.. sebab ada fenomena kepala air yang sering berlaku disini.. apa pun malang memang tak dapat nak bau kan.. 

Hati2.. dan Enjoy!!!!!

2 March 2012

gaya seekor model

Pin It
model ku seekor cicak


Alhamdullilah dapat juga jenguk2 blog hari ni.. kali ni nak kongsi dengan korang gambar yang aku capture depan rumah aku petang tadi.. cicak kobeng ni atau sesumpah atau dalam bahasa inggerisnya ..mmm..errr... chameleon kot.. atau apa saja korang gelar makhuk Allah ni memang selalu sangat kita nampak.. Apa yang uniknya , binatang ni suka bergambar.......  sebenarnya memang banyak sangat shot-shot dalam pelbagai gaya dia aku amik.. suka pulak dia posing sana sini.. cuma aku pilih gambar ni sebab nampak macho sikit.. haha....  

As Salam..

Mode and honey - our timeline story....