31 March 2012

Drama Episod 18 PA.PL.SG.SX ??

Pin It
Assallamualaikum , salam berhujung minggu semua.. Alhamdullillah aku memang tengah kenyang sebab baru sapu licin masak lemak cili api rebung air tangan Honey nih... dengan rasa tak nak jadi ulor menambahkan ukur lilit perut nih aku capai laptop dan nak cerita sikit berkaitan tajuk di atas.. hehe.. bukan cite lucah,porno atau apa2 la.. aku nak cite pasal sebuah drama berepisod.....





Boardwalk Empire yang berlatarbelakangkan tahun 1920-an ni mengisahkan bagaimana politik pada waktu tu didalangi sindiket haram di Atlantic City, New jersey atau Amadicka (bukan salah eja) amnya, nak tau sindiket haram apa? Arak! atau dalam drama ni di gelar Golden Liquor.. ye la zaman tu dadah tak wujud lagi.. candu pun masih di China.. dan ketagihan arak di Amadicka waktu tu sangat teruk sampai kerajaan mengharamkan arak tu... walaupun politikus sendiri bersendiket.. kalau nak tau korang kena tengok drama hebat ni. Diinspirasi dari kisah benar seorang politikus Atlantic City pada waktu itu Enoch Lewis "Nucky" Johnson. Watak Nucky yang dimainkan oleh pelakon versetile Steve Buscemi memang sangat2 memberi kesan, ye la siapa tak kenal Buscemi ni kan? bukan main hebat lagi dia dalam banyak cerita komedi.. paling aku ingat bila Buscemi pegang watak sengal2 ubi dalam Armageddon.. cuma kali ni peranannya berbeza sangat kerana  Buscemi pegang watak kepala  mafia dan politician sekali gus.Ramai lagi pelakon hebat dalam drama ni...ada Micheal Pitt,Kelly MacDonald,Vincent Piazza ramai lah..  Dalam drama ni jugak korang boleh lah nak tau siapa Al Capone sebenarnya.. dalam cerita ni Al Capone yang dah jadi penjenayah bersejarah di Amadicka tu masih lagi driver dan orang suruhan... walaupun watak dia asik bunuh2 orang aku menganggap Al Capone ni cute dan klakar kerana sifat Al Capone sebenar memang diterapkan dalam drama ni.

Ya memang betul, memang cerita ni ada semua unsur tapisan tayang seperti tajuk di atas. Dasyat.. sebab tu tak tayang di Malaysia dan tak akan tayang punyalah! kalaulah nak tapis untuk tayang negara kita mau 70% hilang kot.. haha.. walaupun hanya drama berepisod tapi set,costume,ost dan segala props2nya sangat2 realistik dan kita seolah2 berada di zaman tersebut... agaknya satu episod dia kita boleh buat 20 filem Adnan Sempit kot... 

Koleksi drama ni sekarang baru ada 2 Season .. sebenarnya Season 3 masih lagi berjalan tayangannya di Amadicka nuh. Bukanlah aku nak galakan orang Malaysia ni menonton benda yang memang tak elok untuk budaya tapi mungkin dah tiba masanya kita lebih terbuka dalam sesuatu dan melihat sesuatu dalam sudut yang positif... kita ni kadang2 sensitif sangat.. contoh terbaru lagu "Bawa Ku Pergi" tulisan Malique.. walhal lagu2 berunsur lucah barat bersepah2.. ohhh melalut dah aku nih! cuma kalau korang ada cd/dvd cerita berunsur mcm ni simpan lah elok2.. sebab memang tak sesuai untuk anak2.. negara kita ni bukan nak cakap la.. kebanyakannya parents tu sendiri yang tak disiplin dalam mengawal hiburan untuk anak2... 

Ok lah kepada korang yang berminat nak try test cuba tengok drama ni korang boleh inbox aku. Season 1 ada 5 CD berharga RM75/= , Season 2 ada 3 CD berharga RM45/= . congak2 kira sekeping RM15 la.. tapi korang memang akan puas hati la kualiti dia memang sebiji ori.. fuhhh aku niaga pirate DVD kot.. haha.. bukan aku niaga DVD Bunohan(mmg best!!) aku niaga DVD yang tak tayang kat Malaysia je.... kat bawah ni  aku tunjuk kat korang cover DVD dan sedikit thriller untuk korang.. memang terbaekk!! ok lah...
                       
                                                                         
Season 1

DVD case

Cantik



Enjoy!!!!!

modE&HoneY.inc™ 2012

28 March 2012

super easy vanilla cake

Pin It

cupcake vanilla ini adalah salah satu favorite pelajar honey..sebenarnya permintaan ulang tayang daripada mereka dah lama tapi baru berkesempatan nak buat..MIL honey dan mode pun suka kek ni...mungkin sebab rupa dan rasanya yang agak simple...kadang2 benda yang simple ni menarik juga kan..




seloyang cake vanilla untuk mode....katanya tak puas makan cupcake yang kecik sangat campur dengan tak sampai hati, cute sangat

sebelum dihias dengan frosting yang diubahsuai dengan strawberry candy


tadaaaaaa...setelah terhegeh2 menghiasnya  (akibat kekurangan alatan yang sesuai) dengan bantuan mode...


saya namakan cupcake ini cupcake Vanilla Nigella Lawson sebab saya dapat resepinya daripada blog beliau...resepi sangat simple dan sangat2 easy untuk newbie macam honey....1st time buat gerenti jadi..rasanya pun sedap...untuk sukatan ni,menurut Nigella kita boleh dapat dalam 12 cup..tapi
 setelah beberapa kali buat cupcake ni,tak dapat 12 cup...honey hanya dapat lebih kurang 8-9 cup sahaja...mungkin size cup yang digunakan berbeza




untuk cupcake vanilla

125g  Butter
125g Castor sugar
125g Plain Flour ( mix dengan 1/2 tsp baking powder  + 1/2 tsp soda)
kalau nak senang guna je tepung naik sendiri
2 egg (gred A)
1 tsp Vanilla esen ( saya suka lebihkan vanilla dan lebih suka vanilla extract..
aroma vanilla lebih terasa)
2 tsp fresh milk...tapi saya sentiasa lebihkan 3 sudu...suka rasa susu dalam cake ni
optional:  raisin or choc chip ( honey selalu guna strawberry chip or choc chip)




cara-cara 

1.pukul butter + sugar...pastikan lembut dan kembang
-bila kembang, campur telur..masukkan satu persatu..then masukkan vanilla

2. masukkan separuh tepung dan separuh susu...pukul rata. Bila dah mix, masukkan saki baki susu dan tepung.

3. bila semua adunan dah sebati...masukkan raisin or choc chip tadi

4.masukkan adunan dalam cup - 3/4 dari saiz cup

5. bakar pada suhu 160c selama 15-20 minit...




Buttercream Frosting 

150g butter -- softened
250g icing sugar 
1-2 tsp vanilla
2 tsp  hot water

(honey ubah suai dengan  menambah candy perasa strawberry yang dimesin halus seperti gula icing..balanced kan dengan jumlah gula icing hingga jadi 250g...dapat idea ni daripada rancangan cake boss di astro..hehehe dan rasanya boleh tahan..wangi dan ada rasa gula2..cuma kena pandai seimbangkan tahap kemanisannya)



cara-cara

1.pukul butter dan sugar hingga kembang dan halus
2. bila sebati tambahkan vanilla dan air panas...pukul lagi hingga kembang dan lembut..
3. titikkan adunan dengan pewarna kegemaran masing2

hiaslah cupcake ikut kreativiti masing2.....


senangkan!!!....selamat mencuba

NYUM!!! NYUM!!!


modE&HoneY.inc™ 2012

27 March 2012

Misteri Pekan Rasa

Pin It


Alhamdullilah... lebih seminggu kami tak update blog ni. Mungkin sibuk dengan urusan masing2. Untuk entry kali ni kami nak bercerita tentang Pekan Rasa yang kami terokai hujung minggu yang lepas. Idea nak merungkai Pekan Rasa ni datangnya dari Honey yang tak senang kalau hujung minggu kami hanya melepet di rumah... lalu terlintaslah Pekan Rasa yang sebenarnya tak jauh dari rumah kami di Bukit Beruntung ni...pada asalnya,rancangan kami adalah untuk ke tasik teratai untuk mengambil gambar,tapi bila sampai di sana,kebanyakan teratai kering mungkin sebab cuaca yang melampau panasnya 2,3 hari ini..


Kenapa Misteri Pekan Rasa??? tunggguuuuu!.. sebagai mukadimah aku nak cerita sikit tentang pekan yang otai ni..


Pekan ni mejoritinya adalah masyarakat cina, hanya berapa kerat je kaum lain.. Asal pekan ni diwujudkan kerana ada aktiviti perlombongan biji timah disini..menurut sumber Pekan ni dah wujud sebelum perang dunia ke 2 lagi tapi ada info lain mengatakan pekan ni dah wujud lebih 130 tahun,aku sendiri pun tak dapat nak mengesahkan. Dengan wujudnya aktiviti perlombongan disini jadi ramai lah pelombong2 dari cina ke sini untuk turut sama melombong sumber asli tersebut. Dikatakan terdapat lebih 20 lombong bijih timah di sekitar Pekan tersebut dengan kesemuanya tidak lagi beroperasi  selepas tercetusnya perang dunia ke2.. Tapi pekan ini masih lagi kaya raya dengan tinggalan sejarahnya.. bangunan2 lama masih lagi berdiri teguh walaupun sudah hampir ratusan tahun. kebanyakan bangunan lama di sini sudah tiada penghuni, ini mungkin kerana keengganan generasi baru untuk menetap di sini...


Namun kegiatan perniagaan di sini masih berjalan dengan gaya old skool nya... kebetulan hari minggu adalah hari pasar minggu di situ.. tapi sayang kami sampai lewat jadi tak sempat nak menengok2 aktiviti jual beli. semasa kami sampai, peniaga2 sedang berkemas2 untuk pulang.


Dipekan ini ada sesuatu yang menarik perhatian aku. Panggung Wayang! ya.. pekan lama ni ada panggung wayang yang dibina pada tahun 1957. Sebenarnya ada 2 buah panggung wayang di pekan ini, menurut informer kami Uncle Chiu panggung wayang yang lagi satu itu adalah yang asal,  sebelum dibina satu lagi pada 1957. Mungkin kerana tak dapat menampung penonton yang ramai waktu tu kot, time tu plak tengah zaman kegemilangan industri perfileman... lagi pun mungkin itu satu2nya hiburan untuk pelombong waktu itu...

Panggung Wayang 1957

Klasik gila kan? memang sesuai kepada yang ingin merasai pengalaman klasika la bam ba.. di bawah ni ada dua tiga keping gambar yang sempat aku capture.

Kuil berusia lebih 100 tahun
Gerai makanan cina


cendol mamak

ada lagi balang old skool ni

Peniaga 

Pekan Rasa


Dewan Aktiviti Masyarakat
Tak ketinggalan merasai kemajuan


























                                                                     








Dalam tengah ketik-ketuk gambar tu tetiba je Uncle Chiu...."lo olang sula pigi itu lumah hantu ka?"....... rumah hantu????!!!! menurut Uncle Chiu dulu rumah tu sering diduduki oleh cikgu2 bujang yang mengajar di situ. Tapi........ setiap pagi bila sedar dari tidur cikgu2 tu semua ada yang tido di atas jalan, landasan kereta api, macam2 lah. Jadi dengan cerita2 itulah rumah tu di cop rumah berhantu.... Aku sendiri yang pergi ke kawasan rumah tinggal tu pun meremang bulu roma tu siang hari tu. kalau pergi malam2 tak tau la bukan takat bulu roma je yang meremang aku rasa hahaha... dengan lokasinya yang agak tersorok tapi betul2 bersebelahan dengan landasan keretapi memang sangat sunyi.... cuma apa yang pasti rumah ni masih lagi bertuan dan terjaga persekitaranya sebab masa aku sampai disitu rumput2 semua mcm baru lepas kena racun... cuma keadaan bangunan rumah tu memang old gila... tak berani nak dekat lah wei! haha.           

Rumah hantu....Misteri Pekan Rasa

ngeeeeeeeeeee!

Kalau korang nak merasai sendiri mcm mana bulu roma korang tu naik.. korang boleh lah Google Maps Pekan Rasa ni pastu tanya je sapa2 orang tempatan pasal rumah ni comfirm tau punya... hahaha ... sebelum kami balik ke rumah ,Uncle Chiu sempat tunjukkan rumahnya kepada kami ..

Uncle Chiu

Uncle tu sendiri pun dah berumur 78 tahun.. Uncle Chiu cakap "saye belanak pun ini lumah sulah ada oo... " aku pun bayangkan rumah yang dia duduk tu pun dah hampir 100 tahun.. Semoga Uncle Chiu terus sihat dan macho sentiasa.. haha. Aku tinggalkan cerita tentang Pekan Rasa ni dengan harapan pekan ni akan terus terpelihara dari segi sejarahnya... ok semua.... 

                                                        Enjoyyy!!!!



modE&HoneY.inc™ 2012

18 March 2012

sisterhood: kiki n lala

Pin It

2 lovely cat...actually ni kucing pungut kakak honey...comeysangat,tak tertahan nak suruh depa ni jadi model.....
hopefully we can learn something from them......





sometimes all you need in life is someone to wrap their arms around you..hold you tight and assure you that everything is
 going to be just fine.






...ah, it's SO good to be home-- my safe haven....


i have God to thank in my life.God has given me the people i need to keep me going,has let me make mistakes but be forgiven 
and God always moves me on in life



everybody can make my face smile... but only you can make my heart smile...





relationships r like birds, if u grip tight they die, if u hold loosely they fly
but if u hold with care, love & respect they remain with u forever.






modE&HoneY.inc™ 2012

on a cold after rainy's day...

Pin It

    the perfect antidote to a cold after rainy day...




       homemade puding roti lorrrr.....




its a favorite around here and its simple easy to make


untuk resepinya saya terjumpa di sisipan ruangan resepi sebuah majalah beberapa tahun lalu..semenjak itu, setiap kali saya membuat bread puding, ini lah resepi...dan hasilnya adalah kegemaran semua orang terutama mode:) untuk kesejahteraan bersama, dengan sukarelanya  berkongsi antidote saya ini..hehehe ( superpoyo nya)...:P


for the puding:

7-8 keping roti putih
1-3 sudu mentega ( saya guna butter..dan letak banyak2 :)
1/2 cawan gula kastor  ( jika suka manis,tambah...for me,its enough)
2 biji telur gred A
1 1/2 cawan fresh milk ( terpulang low fat or fresh cream...pada saya, bergantung pada keadaan..jika sedang berdiet guna low fat)
1/2 cawan fresh cream
1/2 sudu vanilla esen
1/4 sudu serbuk cinnamon
1/2 cawan kismis/almond/choc chip...nak letak semua pun ok


caranya: 
  • sapu mentega pada roti dan dadukan...letakkan roti dalam acuan pembakar mengikut bentuk acuan yang digemari
  • campur telur,susu,krim,esen vanilla,kayu manis..blend hingga sebati dan curahkan pada roti
  • tabur kismis/badam/choc chip atas roti
  • bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 35 minit secara steam bath

sos vanilla:

125 ml fresh milk
125 ml  fresh cream
1/4 cawan gula kastor
2 biji kuning telur
1 sudu tepung jagung

cara:
  • kacau semua bahan atas api yang sederhana hingga semua sebati dan sedikit likat



voila.....the perfect thing to keep you cozy on a cold rainy's day...




modE&HoneY.inc™ 2012

17 March 2012

Bukit Tinggi Resort

Pin It
Sebenarnya secara kebetulan kami singgah di sini dalam perjalanan balik kampung, memang dah banyak kali ajak mode singgah......
.....akhirnya terlaksana jua....kebetulan semasa dalam perjalanan naik ke bukit tinggi, ada seorang pekerja resort telah menahan kereta kami untuk tumpang naik ke resort ( di atas ni memang tidak ada public transport)...jadi secara tak langsung kami dapat masuk ke sini secara percuma atas alasan menghantar pekerja naik (jimat duit kami sebanyak RM36)......


Secara peribadinya, kalau untuk beraktiviti tempat ni tidak lah best sangat tapi jika korang nak bercinta..tempat ni mmg hangat..ada 2 spot yang utama iaitu Colmar tropicale ( kampung zaman pertengahan perancis) dan Jappanese Village..semasa kami ke sini, the Chateau  sedang dalam pembinaan dan kami tidak dibenarkan untuk mengambil gambar. Secara keseluruhannya tempat ini sesuai untuk bersunyi2an dan menenangkan fikiran. Tetapi bagi sesiapa yang menginginkan keseronokan,tempat ini bukan lah tempatnya...dari Pusat Bandar Kuala Lumpur, jaraknya kira2 55km..iaitu kira2 1 jam perjalanan ( campur macam2 la tu)..




Colmar tropicale 

adalah replika kepada bangunan di perkampungan perancis pada kurun ke 16..permandangannya umpama sekeping poskad yang sangat cantik dan berwarna warni. Untuk masuk ke sini bayarannya RM16 bagi dewasa dan RM8 bagi kanak2 (kami  dapat masuk secara percuma....yeay)..bagi aku bayaran ni agak mahal.Di pintu masuk ke Colmar Tropicale ini, korang akan disambut oleh clock tower yang sangat besar..masuk2 je terasa seperti berada di perkampungan perancis dulu2...untuk menikmati permandangan keseluruhan perkampungan ini, kami terpaksa menaiki/menuruni anak2 tangga yang separa bulat...boleh tahan penatnya dan dicadangkan tinggal saja kasut tumit tinggi yang bertumit halus itu di rumah jika hendak ke sini......




honey tiru  aksi posing dari awek cina sebelum kami




gambar di atas ni adalah tempat yang korang akan jumpa masa mula2 korang masuk kesini...iaitu clock tower..wajib bergambar di sini..hehehe
















colorful kan?...di sini ada satu cafe ( depan air pancut dalam kawasan ni juga) ...menurut adik yang aku tumpangkan tu, Tun Mahathir selalu naik ke sini untuk  beli muffin diorang..katanya favorite Tun..tapi aku tak try la beli, aku ada juga tanya adik tu,sedap ke?  jawapannya adalah: rasa macam muffin la...hehehe..betul juga kan? tak kan nak rasa macam nasi minyak pulak kan..









Japanese village pulak terletak kira2 3,500 daripada aras laut. satu2nya perkampungan seumpama ini di luar negeri jepun...Perkampungan ini terdiri daripada Japanese tea house, Sakura and Ume Tatami Suites dan Botanical Garden..harga peginapan di sini boleh tahan lumayannya...tapi,persekitarannya mabeles..memang mendamaikan..dikelilingi hutan tropika dan deruan airterjun mini yang dipenuhi ikan koi Jepun besertakan suhu sejuk bukit. Upacara minum tea mengikut adat2 orang2 jepun  yang dilakukan oleh perempuan yang berpakaian kimono di Japanese tea house  ni juga boleh saksikan secara percuma.....kat sini boleh bergambar sakan....sesiapa nak sewa kimono pun boleh. lepas tu boleh la  korang buat adat minum tea tu sambil bergambar.tak banyak gambar aku ambik di sini sebab ramai sangat orang.










signboard je la ya....agaknya sekarang dah siap aku rasa tempat ni





enjoy!!!!








modE&HoneY.inc™ 2012

Mode and honey - our timeline story....